Air Mineral : Perbezaan Semulajadi & Berbungkus



Air Mineral Semulajadi (AMS)
  • Air mineral semulajadi hendaklah air bawah tanah yang diperolehi untuk makanan manusia daripada strata kandungan air bawah tanah melalui mata air, telaga, gerekan atau lain-lain jalan keluar, dengan atau tanpa tambahan karbon dioksida
  • Air mineral secara semula jadinya mempunyai kandungan mineral pepejal yang sangat tinggi merangkumi vitamin, silikon, kalsium, potasium dan sodium yang kesemuanya sangat seimbang. 
  • Penutup botol air bagi Air Mineral Semulajadi adalah penutup berwarna (biru, hijau etc)
  • Botol yang digunakan mestilah berkeadaan telus dan lutsinar.
  • Produk yang telah mempunyai lesen hendaklah mempamerkan :
    • Nombor Kelulusan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
    • Kenyataan “ Punca diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (Source approved by The Ministry Of Health, Malaysia)” perlu wujud di atas label produk
    • Nama Pengeluar atau Pengilang diikuti dengan alamat lengkap hendaklah terdapat pada semua label.
    • Penyataan “Buatan Malaysia” bagi produk yang dikeluarkan di Malaysia atau Buatan Negara Asal Pengeluar bagi produk luar Malaysia hendaklah terdapat pada label.
    • Pelesen hendaklah mencetak kod pengenalan bagi tujuan ’treacebility’ bagi setiap botol yang dihasilkan.



Air Mineral Berbungkus (AMB)
  • Air Minuman Berbungkus telah ditakrifkan sebagai, Air minuman atau air minuman yang diperlakukan dan mematuhi Jadual Ke-25 Peraturan-Peraturan Makanan 1985 selain daripada air mineral semulajadi, yang berkedap dalam botol atau lain-lain bungkusan dan dicadangkan untuk makanan manusia.
  • Air Mineral Berbungkus diperoleh dari sumber bukan bawah tanah bahkan ia berkemungkinan besar  air dari sistem bekalan air awam (air paip)  atau sekadar air dirawat ie air permukaan (sungai, kolam, tasik) atu air tanah (telaga tiub, mata air)
  • Tidak mempunyai  unsur-unsur sepertimana air mineral semulajadi dan mungkin ia hanya sekadar mampu menghilang dahaga
  • Penutup botol air bagi Air Mineral Berbungkus adalah penutup berwarna putih sahaja
  • Botol yang digunakan mestilah berkeadaan telus dan lutsinar.
  • Produk yang telah mempunyai lesen hendaklah mempamerkan:
    • Nombor Kelulusan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
    • Kenyataan “Punca diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (Source approved by The Ministry Of Health, Malaysia)” perlu wujud di atas label produk.
    • Pelesen hendaklah mencetak kod pengenalan bagi tujuan ’treacebility’ bagi setiap botol yang dihasilkan.
    • Penyataan “Dikilang oleh” dikuti dengan alamat lengkap hendaklah terdapat pada semua label.


4 comments: