Apa itu Sitelink & Kelebihannya


Sitelink?

Korang tahu tak apa yang di maksudkan dengan sitelink , dan apa pulak kepentingan sitelink ni?

Tuk lebih penerangan berkaitan maksud sitelink korang boleh baca disini atau disini.

Secara ringkasnya sitelink ni ialah, link-link yang wujud di bawah nama blog atau web tertentu hasil carian di google search. Contohnya saya type perkataan anamarza di google search dan hasil carian adalah seperti di bawah:

Pasni tak tahu bertahan tidak sitelink tuk anamarzablog ni. Yang ni pun sitelink tah apa-apa...hmm
Satu-satu blog / web akan mendapat minimum 3 sitelink dan paling maksimum sitelink yang diberi oleh google ialah 8. 

Untuk makluman tidak semua blog atau website ada sitelink sebab sitelink ni kira exclusive jugak la. Google cuma beri sitelink ni pada blog atau web tertentu sahaja dan kemungkinan untuk ditarik balik keistimewaan tu tetap ada.

Persoalan bagaimana cara satu-satu blog atau web site boleh mendapatkan sitelink tidak dijelaskan oleh google. Tapi ada kemungkinan antara faktor satu-satu blog/web itu mendapat sitelink ialah  kekerapan satu-satu page atau artikel itu diakses / di lawati , Tempoh masa dihabiskan disatu-satu page / artikel , isi (content) sesuatu artikel itu .

Satu kelebihan sitelink yang nyata ialah dengan adanya sitelink ini ia membantu memberi penjelasan yang lebih mengenai sesuatu blog atau website lebih - lebih lagi jika  link yang tertera itu betul-betul menunjukkan kelebihan blog atau web site tersebut. Cam saya ni tak langsung...sitelink yang tah apa-apa je

5 comments:

  1. munna pun bab2 ni semuanya tak pandai sgt

    ReplyDelete
  2. oo, tak berapa nak faham sebenarnya...huhu

    ReplyDelete
  3. heheh memang tak pernah try wat search gini.. lagipun buat blog saja suka2 ^_^

    ReplyDelete
  4. mmmm....tak pernah try pun....ish, buta it skit saya ni...HAHAHA

    ReplyDelete