Dakwat Kekal (indelible ink) untuk PRU13




Sedikit info berkaitan Dakwat kekal (indelible ink) yang perlu kita tahu:
  • Pihak Kerajaan dan Suruhanjaya pilihanraya (SPR) dah putuskan yang dakwat kekal (indelible ink) akan diguna pakai pada pilihan raya umum ke 13 nanti
  • Berdasarkan laporan ujikaji komposisi kimia yang dilakukan oleh Jabatan Kimia Malaysia, dakwat yang diimport daripada India ini mengandungi 3 bahan utama iaitu air, ethanol (55 peratus) dan Silver nitrate . 
  • Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 8 Ogos 2007 telah membuat keputusan mengenai Hukum Penggunaan Indelible Ink Dalam Pilihanraya Malaysia.  Penggunaannya dibenarkan (harus) oleh syarak kerana ia tidak akan menimbulkan masalah kepada ibadah sebahagian besar umat Islam. Hujahnya:
    • Ia tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan oleh syarak,
    • Tidak mendatangkan mudharat kepada kesihatan
    • Tidak menghalang air untuk sampai ke kulit apabila digunakan, 
  • Penggunaan dakwat yang kekal (indelible ink) tidak akan mendatangkan sebarang mudharat jika digunakan pada kuku dan jari
  • Mengikut panduan yang diberikan oleh United States Enviromental Protection Agency pada tahun 1991, dose yang dibenarkan untuk mengelakkan kesan buruk kesihatan ialah harus kurang dari 5 µg/kg dalam sehari. Oleh itu ia selamat jika dicalitkan sedikit dikulit jari atau kuku.

Lain-lain info yang perlu di ambil perhatian termasuklah:
  • Ia hanya akan mendatangkan kesan buruk pada kesihatan sekiranya termakan atau terminum dalam kuantiti yang banyak.
  • Kesan buruk juga boleh berlaku jika pendedahan pada jangka masa yang lama (biasanya berlaku secara beransur-ansur pada dos antara 50 ppm hingga 200 ppm sehari.) Ini boleh berlaku apabila  seorang pekerja kilang yang membuat dakwat
    • terhidu unsur silver ketika sedang bekerja
    • terdapat sedikit unsur silver pada jari dan kuku dan tidak membasuhnya ketika makan.
  • Antara Kesan buruk akibat dari pendedahan  pada jangka waktu yang lama ialah:
    • keracunan bahan silver (silver toxicity) dan ia akan berkumpul pada rambut, kulit, ginjal, hati, jantung dan otot.
    • Keracunan ini juga boleh menyebabkan sawan, kegagalan fungsi jantung dan hati, rasa sakit kepala yang kronik, sering rasa lemah dan rasa selesa pada abdomen dan kulit menjadi rosak.
    • kulit dan kuku mengalami keadaan yang dinamakan skin argyria, di mana kulit akan bertukar menjadi warna yang lebih gelap.
  • Calitan yang sedikit tidak merbahaya kepada kulit kecuali kepada orang yang mengalami alahan pada silver atau dakwat yang digunakan. ( Dalam hal ini, Suruhan Pilihanraya dan kerajaan Malaysia harus memberikan pilihan kepada rakyat Malaysia yang mempunyai alahan kulit agar dikecualikan. Cara terbaik ialah pengundi harus mengemukan surat pengesahan dari doktor kulit.)
  • Seeloknya  selepas membuang undi, harus segera membasuhnya selepas masa pengundian tamat. Ini bagi mengelakkan kesan buruk yang mungkin terjadi pada sesiapa saja terutama wanita hamil dan wanita yang menyusukan anak.
Di olah dari artikel tulisan  Dr Zubaidi Hj Ahmad 

1 comment:

  1. cara terbaik kot ni.....xsalah dan wajar rasanya

    ReplyDelete