Derma susu ibu ikut syarak : Ketua Pediatrik HKL


Apa pendapat korang dengan artikel Ketua Pediatrik HKL : Derma susu ibu ikut syarak , yang mana program ini nanti akan dilaksanakan oleh hospital-hospital kerajaan (Rujuk keratan artikel dibawah).

Dari satu sudut memang ada manfaatnya tapi bila dipandang pada sudut yang lain bimbang juga akan wujud permasalahan nasab (keturunan) jika tidak betul-betul dikawal dan diuruskan oleh orang betul-betul memahami hukum berkaitan hal ini.







Jika seseorang wanita itu ingin mendermakan susunya atau mahu menerima susu yang diderma,
seeloknya:

  • Buat perbincangan dengan suami masing-masing dahulu. 
  • Faham betul-betul prosedure dan isi kandungan borang persetujuan untuk menderma dan menerima susu (seperti yang dikehendaki syarak)
  • Memahami konsep dan hukum susuan seperti hubungan antara keluarga susuan dan larangan berkahwin.
  • Kenal sesama keluarga yang menderma dan keluarga yang menerima susu (lagi elok  jalinkan ukhuwah dan saling berhubung agar tiada berlakunya kes terberkahwin sesama susuan di masa hadapan)

No comments:

Post a Comment