Tegurlah dengan Berhemah bukan menyindir


Ada yang mengikuti drama Aishiteru di TV9 malam semalam tak?

Ikutkan saya pun tak de la mengikuti setiap episod, ada juga episod yang tak tengok, kiranya bukan penonton setia drama ni la. Cuma tuk Episod 8 (26hb Januari) semalam, part scene di restoran semalam buat saya terfikir.

(scene azira yg masih memakai baju sekolah, dinner di restoran dgn suaminya. Datng 2 orang makcik duduk di meja bersebelahan berbual sambil memperli azira dan suaminya dengan mengatakan yang budak sekolah couple pastu mengandung gugurkan anak, tanpa mengetahui yang azira tu dah berkahwin.)

Kalau kita la kan terserempak dengan pasangan muda tengah dating or tgh makan berdua , nampak mesra , nak tanya korang la kan:

1) memula nampak tu apa yg terlintas kat kepala korang, pasangan dah kahwin atau tak?
2) Korang berani tegur tak if nampak pasangan tu mesra terlebih, ya la kita bukan tahu pun diaorang dah kahwin atau belum kan?
3) Nak bersangka baik ke atau nak bersangka buruk? if bersangka baik tak de la buat dosa menuduh tak tentu pasal tapi kalau sah2 mmg pasangan tu belum berkahwin sepatutnya kita tegurkan tuk cegah maksiat dari berlaku depan mata kan?.

Tapi biasa ramai yg pilih menegur dalam hati je kan.
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengingatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun pahit dan baginda juga menegaskan,
‘‘Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah.”

Tegurlah dengan Berhemah bukan menyindir

Situasi di sebuah bus-stop tepi jalan. Hujan lebat. 4 orang di situ. Satu pasangan muda laki pompuan, dan 2 pemuda. Kelihatan si lelaki membuka payungnya lalu menggapai bahu si gadis, cuba untuk melintas jalan dalam hujan lebat...

Pemuda 1 bercakap-cakap dengan Pemuda 2 sambil memandang ke tempat lain.

Pemuda 1: Tak payahlah nak payung-payung..kan? Kalau dah couple haram tu, payung macam mana pun tak boleh lari dari dapat murka Allah. Cubalah sediakan payung pada azab Allah kalau boleh.

Pemuda 2: Ha'ah la. Yang haram ni la rasa lazat dan nikmat semua. Rasa bahagia dapat payungkan pasangan. Rasa romantik, rasa bertanggungjawab la kononnya. Si pasangan pula berbunga-bunga rasa dapat dipayungkan. "Fuh, bestnya dapat pakwe camni!"

Tanpa disedari, perbualan didengari jelas oleh si lelaki dan si gadis.

Lelaki: Bro, kalau couple haram dapat dosa, mengata "baling batu sembunyi tangan" ni sama juga dapat dosa. Lebih kurang mengumpat wlpn depan2. Adakah bro-bro rasa ni nasihat sinis yang terbaik utk dakwah orang? Kalau nak nasihat, apa kata bro datang kat saya; beri salam elok2, then sembang ringkas dua tiga patah, tanya saya siapa, duk mana..taaruf ukhuwwah fillah ringkas2. Jalinkan kemesraan dengan muka manis. Kemudian tanyalah saya siapa orang sebelah saya ni. Kalau couple saya, nasihati dan doakanlah saya. "Oh..awek ke..kahwin cepat-cepat tau. Allah.. kahwin ni antara pintu2 utama rezeki. Best gile ah kahwin ni. Bro doakan korang dimurahkan rezeki dan dapat kahwin cepat-cepat. Biar lancar segala urusan. Makin cepat makin bagus kalau ikut Islam. Makin bertangguh, makin banyak dugaannya." Susah ke? Barulah sesuai dengan 3 metode anjuran al-Quran:

Satu, "Bil Hikmah" (dengan hikmah)
Dua, "Bil Maui'zatul Hasanah" (dengan nasihat yang baik)
Tiga, "Wajadilhum billati hiya ahsan" (berbahas dengan cara yang baik)

Gadis: Actually, ni husband sy. Baru je kahwin bulan lepas. Kahwin muda. Saya 18, husband 25.

Lelaki: Maaf, kami minta diri dulu. Maaf andai terkasar bahasa. Assalamualaikum wbt.

Pemuda 1 dan pemuda 2 terkesima pening-pening lalat kena sedas-dua tazkirah dalam hujan lebat.


4 comments:

  1. org sekarang..mna de nk pk suma tu..tak tahu hujung pangkal..yg tahu nk boh je..haha..kan da kena balik..best en3 ni..^,^

    ReplyDelete
  2. suka entri ni juga...

    betul2 orang sekrang ni suka je serkap jarang, sendiri dapat dosa mengata orang tanpa usul periksa

    ReplyDelete
  3. mungkin ummi ni golongan yang ke-3 tu hehe.

    ReplyDelete
  4. sentiasa bersangka baik tu lebih baik :)

    ReplyDelete