Drama Ampunkan dosaku : Slot Azalea di TV3


Slot baru sempena tahun baru di TV3. Slot Azalea menggantikan Slot Lagenda bersiaran dari pukul 4 petang hingga 5 petang setiap hari isnin hingga khamis. Kalau dah namanya kul 4 petang tu sasaran penontonnya harus la lebih kepada surirumah dan yang duk kat rumah je kan.

Untuk drama first yang mengisi slot Azalea ni nanti kalau tengok pada tajuknya nampak cam berat sikit. " Ampunkan Dosaku" dibarisi pelakon seperti Zul Huzaimy, Shahrol Nizam, Sharifah Amani, Zamarul Hisham, Emelda Rosmila, Melissa Saila, Rozita Che Wan dan Fimie Don.

Sinopsis yang ada pun setakat konflik zaman ayahnya sahaja, even promo drama kat TV3 pun hanya berkisar zaman kanak-kanak ayahnya jugak, so tak dapat nak agak lagi cerita ni camna.

Tapi dari sinopsis yang ada watak Zul Huzaimy sebagai Sazali yang di limpah  sepenuh kasih sayang dan dikotakan apa sahaja yang dipinta dah macam watak  cerita P Ramlee " Anakku sazali" je kan?  ~ Sama nama watak je jln cerita berbeza !!!



Sinopsis Ampunkan Dosaku

‘Ampunkan Dosaku’ mengisahkan tentang Hassan (Shahrol Nizam) yang tidak henti-henti diuji dengan pelbagai dugaan dan kesulitan hidup, dia selalu sahaja menjadi mangsa Fatimah (Wan Maimunah) disebabkan dendam lama yang masih tersemat di dalam hatinya walaupun ibu Hassan telah lama meninggal dunia

Sebagai ibu tiri Hassan, Fatimah masih tidak dapat menerima kehadiran Hassan di dalam rumahtangganya.

Seribu satu fitnah dilontarkan terhadap Hassan, seorang remaja naif yang dahagakan kasih sayang seorang ibu.

Kebencian Fatimah terhadap Hassan membuat dia nekad meletak racun di dalam makanan Hassan, namun mujur Hassan selamat untuk kali ini.

Suatu hari, Fatimah berjaya juga mengenakan Hassan apabila dia diusir oleh bapanya iaitu Osman (Raisudin Hamzah) atas kesalahan yang tidak dilakukannya.

Sejak itu, Hassan hidup merempat, bawah jambatan dan kaki lima adalah rumahnya sehinggalah dia bertemu dengan Sulaiman (Arash Mohd) dan isteri yang baru sahaja kematian anak mereka.

Walaupun begitu, Fatimah yang masih tidak puas hati dengan Hassan telah mengupah orang untuk memukul Hassan. Hassan membuat keputusan membawa diri ke bandar bagi memulakan hidup baru.

Beberapa tahun kemudian, Hassan yang telah berkahwin dengan Sarimah menjalani hidup yang lebih baik bekerja di kilang dan mula berjinak-jinak menjadi penggubah lagu.

Sarimah yang sarat mengandung sebenarnya sedang bertarung dengan nyawa, dia merahsiakan penyakitnya dari pengetahuan Hassan yang menjaganya seperti menatang minyak yang penuh.

Sarimah meninggal dunia sebaik sahaja melahirkan anak lelaki mereka. Hassan yang masih sebak dengan pemergian isterinya berjanji akan menjaga anak lelaki mereka yang diberi nama Sazali (Zul Huzaimy) dengan penuh kasih sayang dan akan mengotakan apa sahaja yang dipinta oleh Sazali.

2 comments:

  1. takde sebut nama Syafie Naswip..jadi sazali masa remaja

    ReplyDelete
  2. lagu tema drama ni apa? terima kasih

    ReplyDelete