Drama Satu Malam Perawan Lakonan Diana Danielle


Drama ni kalau tengok pada sinopsis dan video promo nampak berat sikit. Ending cerita ni kalau ikut dari sinopsis nya sad ending la jugak, even watak aisyah terselamat dari sarang pelacuran tapi last sekali dia mati. Info lanjut boleh baca di bawah:

Drama Satu Malam Perawan Lakonan Diana Danielle akan bersiaran pada 26hb Januari 2012 (Khamis) Pukul 9.00 malam di slot Layaria , astro ria.
Drama ni dikategorikan ,  . Pelakon lain yang membintangi drama Satu Malam Perawan antaranya Erin Malek , Wan Nur Azlin , Sheila Rusli dan Razak Ahmad.


Sinopsis Satu Malam Perawan:

Aisyah (Dania Danielle) dan adiknya, Mira (Erin Malik) telah diculik dan dijual kepada Mummy Nora dan akhirnya dilacurkan dalam usia yang begitu muda, iaitu 16 tahun. Walaupun tersiksa, Aisyah tidak pernah berhenti berdoa dan berusaha untuk melarikan diri. Saban hari Aisyah menghitung hari sehinggalah hari ke-21 tiba. 

Walaupun Badang mengawal ketat Aisyah, tetapi semangat Aisyah untuk melarikan diri mengatasi segalanya. Badang cuba menembak Aisyah, namun Badang juga telah ditembak oleh seorang sekuriti. Badang menemui mautnya di situ sementara Aisyah pula berjaya diselamatkan. Walau bagaimanapun, Aisyah menemui mautnya di hospital.

Promo Satu Malam Perawan



2 comments: