Gemersik Kalbu Episod 13 - 16


Drama Gemersik kalbu
Dah masuk minggu ke-4 (Episod 13 - 16) Drama Gemersik Kalbu bersiaran. Bagi yang dah pernah baca novel mesti dari awal lagi dah perasan perbezaan cerita ni dari Novel asalnya. Bak kata Anis Ayuni (Penulis Novel Gemesik Kalbu)
"Drama bersiri ni adaptasi longgar. Jadi, plotnya mungkin hanya 40% sahaja drp novel Gemersik Kalbu."
"Harus diingat apa yang kita baca dan divisualkan selalunya tidak 100% sama. Namun, kami masih mengekalkan tajuk asal novel untuk drama dan hanya terdapat 80% persamaan kerana kami telah mengubah sedikit jalan penceritaan untuk menambahkan lagi impak emosi bersesuaian dengan citarasa penonton dan juga bagi memastikan setiap babak yang dipaparkan mestilah mengikut garis panduan yang ditetapkan." (Pn. Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9)

Apa yang menarik bagi Episod 13, 14, 15 dan 16 minggu ni?

  • Nazrul terkejut apabila mendapat tahu Raihana telah menyambung pengajian dan tinggal bersama keluarga Sufian.
  • Raihana bertegas dengan Sufian yang hubungan mereka hanyalah sekadar kawan semata-mata.
  • Raihana tetap tidak dapat menerima Sufian di dalam hidupnya kerana dia masih teringat pada arwah Wan Ariffin.
  • Raihana berkahwin dengan Sufian tanpa kerelaannya. Dia memikirkan pelbagai cara agar dapat memutuskan perkahwinan tersebut kerana hatinya cuma untuk Hisham

Lain-lain boleh tengok kat Promo untuk Episod 13-16 dibawah :



No comments:

Post a Comment