Penubuhan Bank Susu Tidak Harus


Fakta atau Info tentang Hukum Penubuhan Bank Susu:
  1. Muzakarah berpandangan bahawa menjaga keturunan adalah termasuk dalam 5 perkara yang wajib dipelihara dalam syariat Islam - Apa-apa tindakan atau perbuatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada nasab atau keturunan perlulah dielakkan.
  2. Muzakarah juga berpandangan bahawa hukum penubuhan bank susu amat berkait rapat dengan syarat-syarat pengharaman atas sebab susuan di mana bayi-bayi yang menyusu dengan seorang wanita atau lebih daripada seorang wanita akan menjadi adik beradik susuan dan perkahwinan antara mereka adalah haram apabila memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  3. Pandangan ini adalah selaras dengan pandangan Jumhur Fuqaha’ bahawa seseorang bayi itu sah sebagai anak susuan samada melalui penyusuan secara langsung dari payudara atau penyusuan secara tidak langsung. Juga berdasarkan hadith riwayat Abu Daud:


  4. عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ لا رِضَاعَ إِلا مَا شَدَّ الْعَظْمَ وَأَنْبَتَ اللَّحْم
                                                                                      
    Maksudnya:
    Daripada Ibn Mas`ud berkata, tidak berlaku hukum penyusuan melainkan dengan apa yang menguatkan tulang dan menumbuhkan daging.


  5. Sehubungan itu, memandangkan penubuhan bank susu boleh mengakibatkan percampuran nasab dan membawa umat Islam terjebak dalam keraguan dan perkara yang haram, dan keperluan penubuhannya juga tidak berada dalam keadaan darurat sehingga mengancam maslahah awam, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penubuhan bank susu adalah tidak diharuskan.
  6. Muzakarah juga memutuskan bahawa  adalah harus bagi ibu-ibu menderma susu ibu secara sukarela   (dengan syarat  keluarga bayi serta penderma perlu mengenali antara satu sama lain) bagi memenuhi keperluan :
    • bayi pra-matang yang memerlukan rawatan,
    • ibu yang mempunyai kekurangan susu
    • juga ibu yang mempunyai penyakit kronik/berjangkit dan tidak dapat menyusukan bayi,
     
Fatwa dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-97 
Tarikh bersidang : 15-17 Disember 2011

4 comments:

  1. bagusla..instead of bank susu lebih baik buat satu registration utk ibu2 yang sudi nak jadi ibu susuan.so sesiapa yang cari ibu susuan boleh buat rujukan kat situ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakyong setuju dgn Rai.. adalah lebih molek bila saling kenal-mengenali sblm & selepas menjadi ibu susuan..

      jika dibuat bank susu.. kita tdk tahu susu kita sampai kepada siapa..

      Delete
  2. saya pun sokong bahawa bank susu ibu ni tak harus diwujudkan sama sekali. Saya juga seorang ibu yg menyusukan badan. susu saya memang banyak sampai stock kat dalam peti tu dah berlambak lambak. ngeee

    ReplyDelete