Kek Coklat Lembap Tanpa Telur


Dah lama tak buat kek coklat, so petang tadi try buat Kek Coklat Lembap Tanpa Telur a.k.a Super Moist Eggless Chocolate Cake. Memang senang bangat nak membuatnya dan hasilnya amat-amat la berpuas hati, memang moist sangat. LEMBAP!!! terasa-rasa kat tekak kecoklatannya...


Cam biasa bunyi je oven tanda masa membakar dah tamat, budak berdua ni pun terus la minta nak makan keknya. Memang tak sempat nak sejuk betul terus sapu topping sebab tu la gambar kat atas ni topping dia nampak cair sedikit.

Pada yang nak try boleh salin resepi kat bawah ni eik:

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
Resepi: Dayangjack @ Dapurku Sayang
Sumber: Ummizaihadi @ Home sweet Home

Bahan-bahan : loyang bulat 6"/7"
  • 1 cawan tepung gandum (*akak guna superfine flour)
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko (*akak guna Van Houten)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 cawan gula perang (*akak kurangkan sikit)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung (*akak guna minyak jagung)
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon (*akak guna jus lemon)
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

Topping/Chocolate Ganache (Jimat, Mudah Dan Sedap)
Resepi: Maklang Azie
Sumber:  Ummizaihadi @ Home sweet Home 

Bahan:- (*untuk kek di atas - akak buat half dr bahan topping dibawah)
  • 1/2 cwn serbuk koko
  • 1 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air (saya guna susu cair)
  • 1/2 cwn tpg jagung
  • 2 sudu besar majerin/ butter
Masuk semua bahan ke dalam bekas dan masakkan atas dapur dngan menggunakan api kecil, sentiasa dikacau. Bila nampak telah pekat sikit, tutup api dan sejukkan sebentar. Sapu terus disekeliling kek. Hias ikut kreativiti masing2.

2 comments: