Rapunzel tertinggal rambut


Tahu apa nama kuih kat bawah ni?


Safiyya cakap kuih ni macam  rambut Rapunzel , mungkin sebab di dandan camtu kan. Kira boleh beri nama baru la tuk kuih ni " kuih rambut Rapunzel kena potong". Boleh camtu?

Okey la sebenarnya nama kuih ni Kuih Kembung Dendan. Saya ambil resipi kuih ni kat Myresipi. Dah lama jugak tak buat. Kalau masa duduk kat umah lama dulu, selalu jugak buat kuih ni, sebab bahan-bahan dan cara nak membuatnya senang.


So pada yang nak try boleh tengok bahan-bahan dan cara nak membuatnya kat bawah ni ya:

Kuih Kembung Dendan

Bahan-bahan ( 8-10 orang )
  • 4 cawan tepung gandum
  • 6 oz air suam-suam kuku
  • 1/2 bungkus yis segera (maksu guna Mauripan)
  • 1 sudu makan majerin
  • 2 oz susu sejat (jika x guna susu,tambah 2 oz air suam)
  • 1/2 sudu garam
  • gula kastor untuk tabur
  • sedikit tepung ubi (digunakan supaya tidak melekat semasa mencanai)
  • Minyak untuk goreng terendam.

Cara-cara
  1. Masukkan yis mauripan dalam air yang suam-suam kuku. Larutkan. Masukkan susu sejat.
  2. Masukkan majerin dan tepung gandum. Uli sampai lembut.Memang akan melekat sedikit di tangan tetapi tidak mengapa.
  3. Biar sekejap hingga naik.,lebih kurang 5 minit
  4. Tabur sedikit tpg ubi dan canai nipis(lebih kurang 0.25 cm)
  5. Potong memanjang selebar 1 cm . Ambil tiga urat dan cantumkan bahagian hujungnya. Anyam seperti dendan.
  6. Jika anyaman itu panjang,bolehlah dipotong supaya sama panjang semuanya.
  7. Dah siap anyam,bolehlah terus digoreng. Mulakan dengan adunan yang mula-mula dianyam dan seterusnya.kerana ianya sudah naik. Goreng hingga kekuningan.
  8. Dah sejuk,taburlah gula kastor. Jika tidak pun boleh dicicah dengan kari.

5 comments:

  1. Like ;-)
    Tp seyes xpernah perasan ade kuih ni...sedap x?
    Tp klu bdk2 dh suke, kompem la sdp kan.hihi..

    ReplyDelete
  2. hihi..comel lak kalo nama dia gitu kan kak...kuih ni mcm kuih cakoi ek..

    ReplyDelete
  3. hihi, rapunzel tertinggal rambut? kelakar lak rasa...

    rasa dia mcm kuih cakoi ke? tp tgk mcm bukan.

    ReplyDelete
  4. hehehe.. tak pernah tengok plak kuih nih.. cam sedap jek~

    ReplyDelete
  5. ingatkan rambut jer yg nak didandan.. kuih pun ada.. buleh la nak try nanti.. dah ade basikal ni, rajin sikit nak g kedai.. hihikkk..

    baru perasan header baru.. nampak simple & kemas..

    ReplyDelete