Lagu Tema BFF..Teman Tapi Mesra


Ada yang mengikuti drama bersiri  BFF ... Teman Tapi Mesra tak?

Semalam dah masuk episod ke-2, setakat ni okey la tuk di tonton tak berat sangat cerita dia kan. Even heronya tak lah segah Aaron Aziz tapi suka tengok heroin cerita ni (Sari Yanti).

Lagu tema Cerita ni pulak, bila dah asyik duk dengar tu rasa cam okey jugak, dan sememangnya kerana cerita BFF.. Teman Tapi Mesra ni la saya tahu kewujudan lagu ni. Hihihi nampak sangat tak ambil tahu lagu-lagu or penyanyi-penyanyi baru.

Betul la kan if satu-satu lagu tu diangkat jadi lagu tema sesuatu cerita or filem memang peluang untuk diminati dan jadi hits besar peratusnya. Tambah-tambah pulak kalau satu-satu cerita tu rating dia tinggi dalam waktu yang sama jugak lagu tema tuk cerita tu pun akan jadi terkenal jugak. Even penyanyi baru pun boleh meletup jika single dia dijadikan lagu tema (kalau lagu tu sememangnya best tuk didengar la kan)

Tuk Drama Bersiri BFF..Teman Tapi Mesra ni Lagu "Tanpamu" Nyanyian Amir Jahari yang diangkat menjadi lagu tema. So Layan....





Tanpamu By amir Jahari


Ohh..oohh
Selamat pagi semua...
Dengarkanlah nada
Suara nada irama
Yang menyakitkan telinga...

Ohh..ohh
Embun pagi kian lembut
Menyentuh pipi yang gebu

Tanpamu kukan terlewat..
Tanpamu kukan sedih...
Karana kaulah penyelamat
Dan akan sentiasa dihati...
Ohh...

Lalalalala...
Lalalalala...
Lalalalala...

Saat 7 pagi
Akan ku tersedar
Mungkin kerana kau
Aku dapat merasa...

Ohh..ohh
Embun pagi yang lembut
Menyentuh pipi yang gebu
Waktu pagi diriku
Hingga pagiku sambut..
Ohh..ohhh..

Tanpamu kukan terlewat
Tanpamu kukan sedih...
Karana kaulah penyelamat
Dan akan sentiasa dihati...

2 comments:

  1. yus tengok juga citer ni masa episod pertama hari itu,

    Tak pernah dengar nama penyanyi ni..

    ReplyDelete
  2. first time dengar lagu ini then menonton cerita ini saya terus jatuh hati....

    ReplyDelete