Disebalik trend letak anak patung di bumper kereta


Pernah tengok tak anak patung diletak dibawah kereta cam dalam gambar kat bawah:


First impression korang bila terjumpa kereta yang letak anak patung cam dalam gambar kat atas?

  • Pelik
  • Suka sebab nampak cute
  • Rasa cam nak letak jugak
  • Mengutuk
Tapi pernah tak korang terfikir kenapa atau apa sebab dia orang letak anak patung kat situ?

Mungkin ada yang buat sebab ikut trend, tengok orang lain buat dan rasa cute , dia pun letak jugak . 

Agak korang kan sebab apa anak patung tu diletakkan kat bawah tu bukan kat dalam kereta?

Nak tahu sebabnya?

Baca kat entry "Trend Letak Anak Patung Di Bumper Kereta" di laman radioinformasi.com , khabarnya trend meletakkan anak patung ni bermula di Thailand oleh pemandu teksi. Dek kerana tak nak roh orang mati dilanggar  mengganggu , so pemandu teksi ni pun letakkan roh lain dengan cara  meletak anak patung kat kereta diaoarng.

Kiranya ikut kepercayaan Orang kat sana, roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat dia mati. Takut nanti dia menganggu orang yang memandu, terutama roh kanak-kanak, makanya mereka pasang anak patung, Supaya roh orang yg mati kemalangan (terutama roh kanak-kanak) tidak akan mengganggu.

Kesimpulannya jangan senang-senang je ikut trend, tengok orang lain buat kita pun nak buat jugak. Seeloknya kaji dulu baik buruk satu-satu trend tu. 

15 comments:

  1. As-salam, semalam jugak saya ada up cerita ini... Kaji dulu sebelum ikut .. kan? hehe~

    http://msieda.blogspot.com/2012/01/kenapa-ada-anak-patung-bawah-kereta.html

    ReplyDelete
  2. munna dulu mula2 nampak ada anak patung bawah kereta mmg rasa pelik sgt dan ada gak kutuk2 dulu...kata org tu gila

    ReplyDelete
  3. baru tau..thanx for sharing...tgk ramai gak org islam yg letak anak patung kt bawah kereta ni...pelik je bile tgk...

    ReplyDelete
  4. aah kan kak...jgn sesuka hati je ikut trend..taktau apa sebab disebaliknya

    ReplyDelete
  5. ohhh.. ye ke.. selalu jugak tengok orang gantung patung tu.. tapi tak tau pon ape sebab dorang gantung..hehehe.. baru tau..

    ReplyDelete
  6. Saya mmg suka kutuk org yg buat benda ni..hahahaha...sekarang baru tahu asalnya trend ni..haha

    ReplyDelete
  7. jarang berada di jalanan & tak perasan pulak trend mcm ni...

    ReplyDelete
  8. pandangan pertama bila tengok "pelik"!...huhu. kedua, mengutuk, ketiga bila dah tahu sebab musabab, lorr..trend ke? Tp still pelik gak...hahaha

    ReplyDelete
  9. terfikir gak selama ni sebab apa ler letak patung , gitu alkisahnya ..tq for sharing

    ReplyDelete
  10. ana, kdg2 aku boeh tinggalkan komen.. kdg2 tak boleh la..
    pelik!

    ReplyDelete
  11. buat masa ni sy tak pernah nampak lagi..maybe trend ni blom menular masuk dalam kaw perkampungan sini..tp lebih elok tak ikut trend gini

    ReplyDelete
  12. kat tempat saya pun takde nampak lagi. Apa pun memang pelik.. Tapi bila da tau, baik jangan suka-suka aje ikot.. Macam sesat pun ada.. Seram deh.. (^^,)

    ReplyDelete
  13. oh...tak pernah pula nampak orang letak anak patung kat situ. Informasi bagus ni...

    ReplyDelete
  14. Huhuhu...baru tahu sbb die,,,ingtkan saje nk bg cute, rupanye...e'hemm~~

    ReplyDelete