Masker Madu untuk atasi masalah Jerawat


Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."

Masa muda remaja dulu muka memang penuh ngan jerawat. Masa tu mana la mampu nak beli pencuci muka yang mahal dan elok sikit , setakat pakai pencuci muka yang mampu milik je. Even pencuci muka tu tak sesuai dan makin mengakibatkan jerawat keluar dengan jayanya terpaksa hadap jugak , paling kurang pun stop pakai sekejap je. Kadar diri duit belanja pun mak abah yang tanggung lagi kan.

Then ada seorang kawan yang suggest cuba letak madu yang dicampur perahan limau nipis tuk dipakai tiap-tiap malam sebelum tidur. Masa tu berkira-kira jugak nak mencubanya, ya la madu tu kan melekit plus  risau takut tengah-tengah tidur ada kena serang ngan semut pulak. Lagi pun kat mana nak cari madu asli kan?

Tapi disebabkan nak kulit muka yang bebas jerawat, saya ikut petua kawan saya tu, tapi sekadar guna madu komersial biasa sahaja. Alhamdulillah memang berkesan sungguh , jerawat macam dah segan nak tumbuh kat muka ni dah.

Masker madu campur perahan limau nipis:
  1. Ambil 1 sudu kecil madu dan perahkan sedikit air limau nipis
  2. Kacau sebati
  3. Sapukan ke muka setiap malam sebelum tidur
  4. Peringatan : Pastikan alas bantal dengan tuala ya

Selain campuran madu dengan perahan limau nipis, ada masa saya sapukan campuran madu dengan serbuk kulit kayu manis. Campuran Madu dengan serbuk kulit kayu manis ni pun boleh hilangkan jerawat jugak.

Masker madu campur serbuk kulit kayu manis:
  1. Ambil 1 sudu kecil madu dan campurkan dengan serbuk kulit kayu manis
  2. Kacau sebati
  3. Sapukan ke muka setiap malam sebelum tidur
  4. Peringatan : Pastikan alas bantal dengan tuala ya
Cuba la...Insyaallah berhasil 

9 comments:

  1. memang menjadi ni...dah pernah cuba cuma pedih sikit utk kali pertama....hehehhe

    ReplyDelete
  2. mesti kulit gebu je kan?sy ada alahan pada muka ni.makn benda bukan2 ckit dah naik merah dan gtl.mungkin leh cuba petua ni.

    ReplyDelete
  3. saya pun selalu juga buat masker ni hehe. cuma belum pernah letak serbuk kayu manis lagi...pasni bolehlah cuba

    ReplyDelete
  4. emmm...dah letak madu je..tpi muka merah2 np eh?

    ReplyDelete
  5. penah dh try masker bedak sejuk campur kulit k.manis...
    bgun2 esok pg muka abis melecur...sbb k.kayu mnis tu pns..ltk sikit je..
    after that parut tu sy guna aloe vera je..abis ilang sgala parut..kulit pun jd cntik..

    ReplyDelete
  6. semut x suka madu, melainkan madu tu dicampur gula

    ReplyDelete
  7. Serbuk kulit kayu manis tu ade jual ke? Atau blender sendiri?

    ReplyDelete