Menu Ayam Perap Masak Merah Madu tuk lunch tadi


Dah lama tak masak menu Ayam Perap Masak Merah Madu ni. Bila last sekali buat pun dah hilang dari ingatan. Selalunya duk ulang menu ayam goreng biasa, ayam kicap, nasi ayam, ayam goreng kunyit, sup ayam.

Sampaikan hubby perli, ayam goreng kicap tu signature dish mama. Hahaha punya la pemalas nak buat menu lain, dalam sebulan tu tah berapa kali duk ulang masak ayam goreng kicap. Tak kisah la tu, lagipun bukan sesaje suka nak masak, dah hubby suka plus masakan yg simple, ulang berapa kali pun tak pe.

Berbalik pada Menu Ayam Perap Masak Merah Madu, pada yang nak cuba boleh usha-usha resepi kat bawah ya. Bahan-bahan nak membuatnya pun tak banyak mana, asal ada madu, rempah kari dan bahan2 basic yg lain dah boleh buat.

Sumber : ummizaihadi-homesweethome



1 comment: