Pelangi Kasih Episod 5, 6 & 7


Buat yang mengikuti Drama Bersiri Pelangi Kasih pe kata kita intai-intai apa yang menarik dalam Episod 5 , 6 & 7 minggu ni.

Episod 5 (31/1/2012) 

Azlin dan Sofea menamatkan pengajian peringkat ijazah dalam bidang masing-masing. Haji Mahmud terus minta Azlin bekerja di Green Global Sdn Bhd. Tujuannya supaya Azlin mempelajari selok belok menguruskan syarikat..

Sinopsis Episod 6 (1/2/2012)

Kegembiraan Azlin di hari pertunangannya adalah kepedihan yang dalam kepada Sofea. Dia rasa dipermainkan dan dikhianati oleh dua sahabatnya. Zafrul pula berkali-kali menghubungi Sofea untuk bertanya perkembangan di kampung.

Sinopsis Episod 7 (2/2/1012) 

Kejayaan Sofea mendapatkan `close deal’ projek bernilai RM60 juta di Melaka amat menggembirakan Haji Mahmud. Dia melihat Sofea mempunyai potensi yang besar..





Sinopsis Pelangi Kasih





Episod 1 (19/1/2012)

Sekitar tahun 1967* Azlin (12 tahun) dan Sofea (12 tahun)telah pun khatam Al-Quran. Keluarga Azlin bercadang nak buat majlis secara besar-besaran. Memandangkan Sofea adalah kawan baik Azlin dan bapa Sofea, Haji Othman adalah guru Al-Quran Azlin, maka Sofea dipelawa untuk sama-sama dalam majlis itu. Keluarga Haji Othman tidak menolak kerana mereka tahu keluarga Azlin ikhlas. Saodah (ibu Sofea) bercadang menjahit baju kurung untuk mereka berdua. Mendengarkam hasrat Saodah, Maimon (ibu Azlin) datang ke rumah Saodah dan menghantar dua pasang kain untuk baju kurung. Tujuannya agar Saodah tidak perlu keluar duit untuk membeli kain ela untuk anak-anak mereka, lagi pun Maimon dan Jamal berniaga kedai kain di pekan Kuala Pilah. Zafrul (14 tahun), kawan Azlin dan Sofea menganggap mereka lebih bertuah berbanding dirinya kerana masa dia khatam Al-Quran dulu, dia dan kawan-kawan lelakinya cuma diadakan kenduri di surau.

Episod 2 (24/1/2012)

Azlin sekeluarga akan berangkat ke Kuala Lumpur untuk majlis doa selamat sempena pembukaan pejabat baru Green Global Sdn.Bhd. Haji Mahmod minta Haji Othman datang ketuai bacaan doa. Azlin ajak Sofea datang bersama kerana kebetulan cuti sekolah.Sofea ikut Haji Othman ke Kuala Lumpur. Sebaik selesai majlis doa selamat, Azlin minta Sofea terus tinggal di rumah Haji Mahmod bersamanya. Pada mulanya Haji Othman keberatan nak tinggalkan Sofea tetapi setelah Haji Mahmod bagi jaminan Sofea takkan apa-apa barulah dia balik ke kampung tanpa Sofea. Sofea pula kagum tengok rumah besar Haji Mahmod. Dia berazam satu hari dia nak belikan ibubapanya rumah besar macam ni.

Episod 3 (25/1/2012) 

Azlin dan Sofea didaftarkan di sekolah Victoria Institution untuk menyambung pengajian di tingkatan enem. Berita mereka masuk ke VI segera disampaikan oleh Azlin kepada Zafrul. Zafrul yang kini berada di luar negara amat gembira apabila menerima berita mengenai mereka. Sebagai lelaki yang lebih dewasa, dia menasihatkan mereka beri tumpuan kepada pelajaran. Sesekali apabila Zafrul balik bercuti, mereka akan keluar menonton dan makan sate..

Episod 4 (26/1/2012)

Azlin dan Sofea menamatkan pengajian peringkat ijazah dalam bidang masing-masing. Haji Mahmud terus minta Azlin bekerja di Green Global Sdn Bhd. Tujuannya supaya Azlin mempelajari selok belok menguruskan syarikat. Sofea juga ikut diberi peluang bekerja di Green Global Sdn Bhd, Azlin bekerja di bahagian pentadbiran dan perhubungan pelanggan. Sofea pula di bahagian pemasaran dan banyak membawa pelabur luar masuk. Green Global Sdn Bhd berkembang dengan pantas di bawah pengurusan dua wanita muda ini.Green Global Sdn.Bhd kini sedang berusaha mengajak pelabur dari negara-negara Islam serantau untuk memajukan perusahakan membekalkan daging halal.



1 comment:

  1. best jgak citer ni kak..tp kadang folo kadang tak folo..tu yg payah tu

    ReplyDelete