Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)


Fakta yang korang perlu tahu berkaitan Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ini ialah:
  1. Pembayaran akan bermula pada 15 Januari 2012 
  2. Tempoh penyerahan baucar akan berjalan selama dua bulan, iaitu sehingga 15 Mac 2012
  3. Tempoh sah laku baucar adalah sehingga 15 April 2012.
  4. Pembayaran BR1M akan diberikan dalam bentuk baucar tunai
  5. Penyerahan baucar BR1M kepada pemohon yang berjaya akan diadakan secara berperingkat di seluruh Negara. 
  6. Semua pemohon BR1M akan dimaklumkan mengenai keputusan permohonan melalui pos. 
  7. Setiap pemohon yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat, dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar diadakan.
  8. Baucar-baucar boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional, CIMB dan Maybank diseluruh negara. 
  9. Kerajaan juga akan menyediakan kaunter-kaunter bergerak Bank Simpanan Nasional, CIMB dan Maybank pada majlis-majlis penyerahan tersebut. ( Bagi memudahkan urusan orang ramai di kawasan luar bandar menunaikan baucar BR1M)
  10. Pemohon boleh menyemak status permohonan mereka dengan menelefon talian hotline 1-800-222-500/ 1-300-88-3010 mulai 16 Januari 2012. Talian ini beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari bekerja.


Lain-lain fakta berkaitan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) :

  • Sebanyak 4,123,713 borang BR1M telah diterima dari seluruh Negara ( Sehingga 10 Januari 2012 )
  •  3,850,668 borang telah dimasukkan ke dalam sistem data bagi tujuan pengesahan.
  • Sebanyak 3,102,054 permohonan yang telah diluluskan   ( Sehingga 10 Januari 2012 )
  • Baki permohonan sedang melalui proses pengesahan dan dijangka selesai pada 13 Januari 2012.  
  • Tempoh penerimaan borang BR1M dilanjutkan selama satu bulan, iaitu sehingga 10 Febuari 2012.
  • Orang ramai masih boleh menghantar borang-borang permohonan BR1M di pejabat cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) dan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan, sehingga tarikh tersebut.

Note : Bagi pemohon yang gagal, rayuan semula boleh dibuat. Kementerian Kewangan telah menyediakan format khas untuk rayuan BR1M yang boleh di dapati di:

  1. Pejabat cawangan LHDN dan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan, 
  2. Muat turun daripada laman web Kementerian Kewangan (www.treasury.gov.my).


8 comments:

  1. wah.. boleh buat rayuan lagi.. bagus la

    ReplyDelete
  2. Ade rayuan semule ter yang moleknye...

    ReplyDelete
  3. Saya terima surat kelulusan dari LHDN pada 26hb Jan, 2012 tetapi tarikh penyerahan bantuan ada pada 25hb Jan, 2012.Terlepas peluang untuk menerima bantuan tersebut. Apa saya patut buat sekarang supaya dapat menerime bantuan itu. Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Semakkan melaui panggilan tak pernah dapat~ talian sentiasa sibuk sejak bulan lepas.

    ReplyDelete
  5. ibu saya adalah ibu tunggal.....tapi masih tak dapat juga....kenapa ini

    ReplyDelete
  6. ade yg sesetengah tu menipu. sy x puas hati btl. dlm 1 rmh bapak dan ank dpt. bapak tngung istri & ank kedua, ank ptama tngung adk ketiga... kenapa pihak berkenaan tidak mengenalpasti kedudukan mrka trlbh dhulu?... bole la ckp coz mak sdare kje lhdn dia yg bg jln koto..

    ReplyDelete
  7. baucer expired 15hb april 2012 ? jadi mcmana dengan rayuan yang sampai sekarang belum ada dipanggil?

    ReplyDelete