Penyanyi Izwan Pilus Meninggal Dunia


Innalillahiwainnailaihirojiun



Penyanyi Izwan Pilus menghembuskan nafas terakhirnya pukul 6.15 petang tadi (20hb Januari 2012) di Hospital Ampang.

Allahyarham dikatakan meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru.  Jenazah akan di bawa pulang ke Melaka pada malam ini juga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pelembang, Gubah, Melaka sekitar jam 11 pagi esok.

 Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

2 comments: