Pertanyaan berkaitan Mykad (Kad Pengenalan)


1. Saya berumur 17 tahun, bilakah patut saya menukar kad pengenalan gantian saya?
Seseorang yang telah mendapat kad pengenalan kali pertama iaitu semasa berumur 12 tahun, dikehendaki  menukar semula kad pengenalannya apabila telah mencapai umur 18 tahun. Sekiranya penukaran ini dibuat dalam tempoh umur  18 - 25 tahun, tiada sebarang denda dikenakan.
2. Adakah apa-apa bayaran yang dikenakan sekiranya berlaku kerosakan terhadap cip di kad pengenalan saya?
Kerosakan cip yang bukan disebabkan oleh sengaja dirosakkan, salah guna dan sebagainya dalam tempoh satu tahun dari tarikh penyerahan kad adalah diberi gantian secara percuma, dan jika tempoh kad telah dipegang oleh pemohon melebihi satu tahun, bayaran sebanyak RM 10.00 dikenakan.
3. Berapakah bayaran dikenakan sekiranya saya kehilangan kad pengenalan?
Kad pengenalan hilang akan dikenakan bayaran mengikut bilangan kehilangan. Sila lihat Jadual bayaran.

Bayaran Hilang bagi MyKad sahaja
Kehilangan
Bayaran
Permohonan
Kompaun
Jumlah
Kali pertama
RM10.00
RM100.00
RM110.00
Kali kedua
RM10.00
RM200.00
RM210.00
kali ketiga dan seterusnya
RM10.00
RM300.00
RM310.00

4. Berapa lamakah tempoh permohonan MyKad boleh disiapkan?

MyKad boleh disiapkan dalam tempoh 24 jam bagi pemohon yang memilih untuk menuntut MyKadnya di JPN Ibu Pejabat Putrajaya. Bagi pemohon yang memilih untuk menuntut MyKadnya di mana-mana pejabat cawangan JPN di Semenanjung Malaysia, maka MyKad akan disiapkan dalam tempoh 10 hari bekerja manakala 30 hari bekerja bagi pemohon yang memilih untuk menuntut MyKadnya di mana-mana pejabat cawangan JPN di Sabah, Sarawak atau Labuan. Piagam MyKad siap ini hanya melibatkan permohonan dari Warganegara Malaysia dan permohonan tidak bermasalah sahaja.
5. Bolehkah saya menukar alamat tanpa menukar kad pengenalan saya? Jika boleh berapakah bayaran yang dikenakan?
Boleh dengan bayaran RM2.00 dan maklumat alamat terbaru akan dikemaskini didalam cip. Sekiranya anda ingin menukar kad pengenalan bersekali, bayarannya ialah RM10.00.
6. Adakah JPN menerima bayaran selain daripada tunai ?
Ya, JPN turut menerima pembayaran secara elektronik iaitu melalui Kad Kredit, Kad Debit dan MEPS.
Walaubagaimanapun, terdapat had jumlah minimum yang diterima untuk pembayaran melalui Kad Kredit iaitu  sebanyak RM 50.00.

Sumber : JPN 

No comments:

Post a Comment