Pesan Abang : Pesan mama juga


Dari dulu suka lagu ni, sempena start sesi persekolahan 2012 ni nak tujukan lagu ni buat anakanda tersayang dan juga semua yang bergelar student






Pesan Abang by Sudirman Hj Arshad
Adikku muda remaja
Awasi bila melangkah
Wajah mu manis bak gula,
Pasti ramai kan tergoda
Tidak dilarang kau bersuka
Asal tahu kan batasnya
Jangan sampai adik terlupa
Harapan dan cita-cita
Ibu dan ayah menaruh harapan
Agar kau berjaya di hari kemudian
Bila tiba waktu petang
Dari sekolah kau pulang
Bergalas buku di pinggang
Siapa lihat tertawan
Adik masih bersekolah
Awas segala dugaan
Adik kan ambil periksa
Agar senang masa depan
Tumpukan perhatian dengan sepenuhnya
Serahkan selainnya kepada yang Esa
Bila adik telah berjaya
Abang kan turut gembira
Tapi andai sebaliknya
Jangan kau rasa kecewa
Sekali adik terkandas
Bukan untuk selamanya
Di hati sematkan pesanan
Ingat abang, tetap sayang!

2 comments:

  1. suka lagu ni...sweet..tapi tv3 tetiap tahun bila tiba first day sekolah mesti main lagu ni..teringat kat arwah sudirman

    ReplyDelete
  2. dah lama tak dengar lagu nie.

    ReplyDelete