Untuk minum petang nanti


Dah sarapan?

Kalau dah... boleh la tengok gambar puding kat bawah ni. Perut dah kenyang tak da la tergoda kan?


Puding Roti Karamel ni bukan menu sarapan kitarong tapi buat ni untuk makan petang nanti. Biar puding tu duk bertapa lama kat dalam peti sejuk baru sedap nak makan nanti kan?



So pada yang nak try boleh tengok bahan-bahan dan cara nak membuatnya kat bawah ni ya:

Puding Roti Karamel
resepi asal : rosaliza@embunkasih
sumber : Lina.pg Hana
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan
  • 3 sudu besar gula (untuk gula hangus)
  • 4 keping roti gardenia ~ buang kerak tepi
  • 3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
  • 2 cawan air suam @ 1cwn susu cair campur 1cwn air suam
  • 1/2 cawan susu pekat 
  • 1 sudu kecil esen vanilla 

Cara-cara
  1. Untuk gula hangus:
    • Masukkan gula ke dalam kuali/bekas
    • Masak hingga gula jd perang (guna api kecil).
    • Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas) saya skip tak letak pun
    • Kacau hingga sebati dan matikan api.
    • Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
  2. Panaskan pengukus / didihkan air kukusan
  3. Carik-carikkan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
  4. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis dan masukkan esen vanilla. 
  5. Blend sekejap agar sebati. 
  6. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) 

9 comments:

  1. sedap puding ni. tapi kalau ejas sikit cam kak dayang lai sedap.

    ReplyDelete
  2. puding karemal mmg sedap..
    adeii tgk pic ni pun terliur tau..

    ReplyDelete
  3. suka gak puding ni...suka puding ni dengan puding roti..ermmm sedap!

    ReplyDelete
  4. sedap...tapi karemal dia cerah je......ish.....gelap skit macam menarik kan?

    ReplyDelete
  5. Salam~

    Jemput join giveaway saya :)
    http://www.fatinarinabdullah.com/2012/01/first-giveaway-2101coffee.html?m=0

    ReplyDelete
  6. huhuhu.. sukanye makan puding nih.. tapi x pernah buat sendirik lagi.. :)

    ReplyDelete
  7. kalau bulan ramadan, mmg saya selalu beli puding karamel, sedapppp

    ReplyDelete
  8. sedapnya...munna pun suka makan sejuk2

    ReplyDelete