Menu Minum Petang Kami


Jemput jamu mata je la ya, ni snap masa baru lepas keluar dari peti sejuk. Buatnya petang semalam lagi dah. 1/4 bagi kat Cikgu kelas Pra Safiyya yang duduk kat sebelah rumah ni. 


Hari tu buat bersos coklat kali ni  makan dengan sos kastard pulak. Still menggunakan resepi puding roti yang sama, tuk resepi boleh usha kat bawah ya. Cumanya kali ni gamble dengan menukar penggunaan butter kepada penggunaan margerin dan susu segar ganti dengan campuran susu tepung + air .  Alhamdulillah hasilnya tak de beza sangat.


PUDING ROTI SOS KASTARD


PUDING ROTI 
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:

  • 10  kpg roti 
  • Butter secukupnya ~ Ganti dgn margerin gara2 ketiadaan butter
  • 500ml susu fresh ~ Ganti dgn campuran susu tepung + air sahaja
  • 4 sudu besar gula halus
  • 3 bj telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla ~ Ganti Esen Pandan pun sebab ketiadaan stok esen vanilla
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • sedikit kismis dan choc chip ~ plus cherry merah & hijau
Cara-cara:
  1. Sapu roti dgn butter dan potong .
  2. Susun ke dlm loyang yg dah digriskan.
  3. Masukkan susu, gula, telur, vanila dan tepung jagung ke dalam sebuah bekas dan kacau hingga sebati.
  4. Tuangkan adunan ni ke atas roti yg dah disusun td dan biarkan meresap lebih kurang 10 minit.
  5. Taburkan kismis dan choc chip ke atas roti td. (kalau nk letak kismis dan choc chip ni selapis demi selapis masa menyusun roti pun boleh jugak.. terpulang la ya)
  6. Bakar puding roti dm oven yg dah dipanaskan (175 -180C) lebih kurang 40 - 45 min atau sehingga masak.
  7. Sejukkan seketika baru lah di potong dan dihidangkan begitu saja atau dgn sos kastard.



SOS KASTARD
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:

  • 1/2 tin susu cair
  • 1 tin air (guna tin susu cair)
  • 3 - 5 sudu besar gula ~ ikut kemanisan sendiri
  • 1 sudu tepung kastard
  • 1 sudu tepung jagung
  • 1 helai daun pandan/1/2 sudu esen vanila ~ Guna esen pandan sahaja
  • secubit garam

Cara Membuatnya:

  1. Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masak lah sehingga sedikit pekat.
  2. Hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul.
  3. Sejukkan dan bolehlah dihidangkan bersama Puding Roti.

4 comments:

  1. sedapnya kak...favourite amie ni

    ReplyDelete
  2. ADUHAI .... TERASA SEJUK JE KAT TEKAK MUNNA

    ReplyDelete
  3. Ya Allah...pepagi dh disajikan santapan mata dan anak tekak yg mengghairahkan..huhu..kompem next year akak leh join master chefnye program..
    Btw tq kongsi resepi..

    ReplyDelete