Resepi Cendol Homemade : Percubaan Pertama Kali


Cuaca panas sungguh sekarang ni. Bila terasa panas ,mula la tekak terasa nak makan bubur cendol. Makanya godek-godek cari resepi nak buat cendol sendiri. So ni la hasilnya cendol buatan sendiri tapi gambar tak clear mana, cendol malu nak posing (^_^)


Tuk kali ni guna resepi kat bawah, tapi tuk percubaan kali kedua nanti plan nak cuba resepi yang guna tepung beras sahaja.


CENDOL HOMEMADE
resepi oleh Masriyah
Sumber : Cek De Sam fotopages

Bahan-Bahan:

  •  2 1/2 cawan tepung beras 
  •  1/2 cawan tepung gandum 
  •  2 sudu besar tepung jagung 
  •  1/2 sudu kecil kapur makan dan dibancuh dgn sedikit air 
  •  6 cawan air pewarna hijau(guna daun pandan lagi sedap) perasa pandan  
1.Bancuh tepung beras +tepung gandum dan tepung jagung, dengan air kapur dan air biasa. 2.Masukan warna hijau dan perasa pandan, tapis terlebih dahulu. 
3.Masukan dlm kuali yng besar, dan kacau sampai nampak berkilat.. dan tak lekat pada kuali. 
4.Angkat dan terap dalam bekas yang berisi air sejuk.
5. Sejat.. airnya dahulu sebelum dihidang,.

Guna penapis ni je tuk hasilkan cendol


1 comment: