SARA 1 Malaysia : Soalan & Jawapan


Sambungan dari entry "Skim Amanah Rakyat (SARA) 1Malaysia" & "Cara Memohon SARA 1 Malaysia" . Di bawah soalan lazim berserta jawapan berkait dengan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia).


sumber : atanahmad
  1. Apakah "Skim SARA 1Malaysia"?Skim ini merupakan suatu skim khas yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur di samping untuk membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa.

    Skim ini dikendalikan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) serta institusi-institusi kewangan terlibat.

    Melalui Skim ini, rakyat Malaysia yang berkelayakan akan berpeluang untuk memohon pinjaman berjumlah RM5,000 untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)*, dan akan menerima bayaran insentif yang menarik ke atas tabungan dan pelaburan yang dibuat.

    *ASNB ialah anak syarikat milik penuh PNB yang bertanggungjawab untuk mengurus tabung unit amanah AS 1Malaysia


  2. Apakah kriteria-kriteria kelayakan untuk memohon dalam Skim ini?
    a. Permohonan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun;
    b. Pemohon mesti mempunyai jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah antara RM500 hingga RM3,000;
    c. Pemohon tidak diisytiharkan muflis semasa memohon serta sepanjang tempoh penyertaan dalam skim;
    d. Pemohon dan/atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB iaitu "Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT)", "ASB Sejahtera" dan "ASW2020-Bandar";
    e. Pemohon dan/atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana tabung unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul adalah bersamaan atau kurang dari RM10,000.

  3. Bagaimanakah saya membuat permohonan untuk menyertai Skim ini?
    Para pemohon yang berminat hendaklah mendapatkan borang permohonan di salah satu cawangan bank-bank terlibat mulai 30 Januari 2012. Borang-borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen yang berkenaan hendaklah diserahkan kepada pihak bank untuk disemak dan dipertimbangkan.

  4. Apakah bank-bank yang menyertai skim ini?
    Empat bank iaitu Maybank, CIMB, RHB dan BSN.

  5. Berapa lamakah tempoh permohonan?
    Permohonan dibuka selama satu (1) tahun dari tarikh pelancaran skim atau sehingga semua peruntukan pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal.

  6. 4. Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan?
    Para pemohon diminta menyediakan dokumen-dokumen asal serta salinan yang disahkan seperti berikut:
    a. Kad pengenalan pemohon (2 salinan);
    b. Kad pengenalan pasangan (jika berkenaan) (1 salinan);
    c. Bukti pendapatan :
        - 1 salinan Penyata Gaji 3 bulan terkini
        - 1 salinan Penyata Bank 3 bulan terkini

  7. Bagaimanakah saya tahu sama ada permohonan saya berjaya?
    Para pemohon yang berjaya akan dihubungi oleh pihak bank.

  8. Apakah ciri-ciri istimewa Skim ini? 
    Peserta hanya perlu menjelaskan bayaran balik bulanan yang minimum selama 5 tahun. Insentif bulanan disediakan kepada para peserta dalam bentuk unit tambahan AS 1Malaysia.

  9. Berapa ramaikah peserta yang akan mendapat manfaat dari Skim ini?
    Skim ini mensasarkan penyertaan sebanyak 100,000 isi rumah secara 'permohonan awal didahulukan'.

  10. Adakah had penyertaan untuk setiap isi rumah?
    Ya, hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman. Dalam Skim ini, isi rumah merujuk kepada individu yang layak memohon dengan jumlah pendapatan kasar bulanan antara RM500 - RM3,000 yang merangkumi kategori berikut:
      1) Berkahwin - kombinasi pendapatan kasar suami dan isteri; dan 
      2) Ibu atau bapa tunggal - Pendapatan kasar individu

  11. Apakah syarat-syarat skim pinjaman yang ditawarkan?
    Amaun pinjaman yang ditawarkan adalah RM5,000 untuk setiap isi rumah bagi tujuan membeli 5,000 unit Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I. Ciri-ciri khas Skim ini membolehkan para peserta membayar balik hanya bayaran minimum secara ansuran melalui 60 bayaran bulanan. Tempoh pembiayaan adalah 5 tahun.

  12. Adakah penyelesaian awal pinjaman dibenarkan?
    Penyelesaian awal pinjaman adalah tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, pra-bayaran oleh para peserta adalah dibenarkan.

  13. Apakah yang akan berlaku sekiranya peserta program Skim ini tidak dapat menjelaskan bayaran bulanan?
    Peserta yang gagal menjelaskan sepenuhnya bayaran bulanan selama tiga bulan berturut-turut akan terkeluar daripada program Scheme. Peserta akan menerima unit-unit AS 1Malaysia yang bersamaan dengan jumlah bayaran bulanan yang telah dibayar dan insentif bulanan yang layak diterima.

  14. Apakah yang akan terjadi sekiranya peserta meninggal dunia dalam tempoh program Skim ini?
    Peserta yang meninggal dunia akan terkeluar daripada program Skim ini secara automatik. Waris boleh menuntut unit-unit AS 1Malaysia bersamaan dengan jumlah bayaran bulanan yang telah dibayar dan insentif bulanan yang layak diterima. Penyertaan dalam program Skim ini tidak boleh dipindah milik.

  15. Apakah yang akan berlaku pada akhir tempoh pinjaman?
    Peserta akan menerima unit-unit AS 1Malaysia bersamaan dengan jumlah bayaran bulanan yang telah dibayar sepanjang tempoh pinjaman bersama insentif terkumpul bulanan, sekiranya insentif tersebut tidak dikeluarkan dari akaun peserta.. Para peserta boleh menambah pelaburan peribadi dalam AS 1Malaysia (sekiranya unit masih ada).




1 comment:

  1. soalan cepumas..berapa interest bayaran balik? berapa peratus pulangan tahunan?

    ReplyDelete