SINOPSIS ARIANA MIKHAIL EPISOD 3 & 4


Bagi yang mengikuti drama bersiri Ariana Mikhail nantikan episod 3 (23hb januari 2012) dan episod 4 (24hb januari 2012) pukul 8.30malam di Slot Ratu TV9 nanti ya. Sinopsis untuk setiap episod seperti di bawah:

Sinopsis Episod 3 

Mikhail merasa kecewa dengan tindakan Ariana meninggalkannya tanpa berita, apabila mereka membuat laporan polis rupanya Ariana telah terbang kembali ke Malaysia. Mikhail tidak tahu bagaimana hendak menghubungi Ariana hanya melalui telefon bimbit Ariana yang tidak lagi berfungsi apabila mereka menghubungi nombor tersebut. Jamil mengajak Mikhail balik dan cuba mencari Ariana di Kuala Lumpur mengikut alamat passport yang berdaftar ketika mereka bernikah. Mikhail setuju dengan pendapat Jamil tetapi dalam mereka sedang sibuk untuk pulang. Pemilik apartment yang disewa oleh Ariana datang menghantar sepucuk surat yang ditinggalkan Ariana untuk diberikan pada Mikhail.

Sinopsis Episod 4

Hampir 10 tahun telah berlalu kini Mikhail meneruskan kehidupannya dengan meletakkan kenangannya bersama Ariana jauh dibelakang. Mikhail yang kini berjawatan CEO dalam sebuah syarikat pelaburan antarabangsa dan telah mempunyai teman wanita juga seorang usahawan yang berjaya iaitu Mysara. Meskipun Mikhail dan Mysara telah menjalinkan pertunangan selama 4 tahun namun mereka belum pernah terfikir soal berkahwin.




Sumber : Kepala Bergetar

2 comments:

  1. salam, drama ni adaptasi novel jugakkah? mcm pernah baca je kisah ni...

    ReplyDelete