SINOPSIS ARIANA MIKHAIL EPISOD 5 & 6


Bagi yang mengikuti drama bersiri Ariana Mikhail nantikan episod 5 (30hb januari 2012) dan episod 6 (31hb januari 2012) pukul 8.30malam di Slot Ratu TV9. Tapi tak sure sinopsis ni betul tidak..

Sinopsis Episod 5 

Episod ini Johan ingin memperisterikan Ariana tetapi Ariana menolak kerana dalam perjanjian mereka dia hanya bekerja dalam syarikat Johan sahaja. Ini menimbulkan kemarahan Johan kerana selama ini Johan telah membela Ariana dan anaknya tetapi Ariana masih enggan menerima lamarannya. Alasan Ariana dia mahu anaknya Mimi tamat pelajaran baru dia bersedia mengahwini Johan. Walaupun Ariana mempunyai syer terbesar dalan Johan Holdings namun tiada siapa yang mengetahuinya biarpun Mysara. Ariana lebih suka bekerja sendiri sebagai pereka hiasan dalaman dan fotografi. Dengan secara kebetulan syarikat Mikhail ada berurusan dengan Ariana namun mereka tidak pernah terserempak kerana setiapkali temujanji pastinya berselisih masa tanpa bertemu..

Sinopsis Episod 6

Jamil memberitahu Mikhail dia ternampak Mysara dan Johan. Ia membuatkan Mikhail naik berang dan menumbuk Jamil kerana cuba memfitnah Mysara


No comments:

Post a Comment