Pretzel : Rasa yg semakin hilang dari ingatan


Baru-baru ni, masa mengimbau kenangan duk kat KL dulu, hubby ada berbunyi dah lama tak makan pretzel. Memang dah lama sungguh tak makan pretzel. Rasanya last makan masa zaman duduk KL dulu je, ada la dalam 4 atau 5 tahun lepas. Sampaikan camna rasa pretzel pun dah luput dari ingatan.  So, kebetulan masa mencari resepi roti terserempak dengan resepi Soft Pretzel ni. Makanya petang semalam mencuba la buat sendiri pretzel.



Seingat saya, masa tengok org yang jual pretzel tu buat macam mudahnya la dia bentuk doh tu. Tapi bila try buat sendiri , mak aih terasa kekerasan tangan nak membentuknya. Nasib la Pretzel rupa cam mana sekalipun janji Rifqi puji sedap (^_-)


Resipi Soft Pretzels
Sumber : anymz mykitchen (Hanamemories & cikwan)

Bahan-bahan :

  • 3 cawan tepong roti@high gluten flour@strong white flour ~ Guna Tepung roti
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1 sudu besar gula halus
  • 1 1/2 sudu teh yis kering
  • 1 sudu besar butter cair
  • 1/2 cawan susu segar (suam)
  • 1 cawan air suam - letak sikit-sikit , tak habiskan pun 1 cawan tu
  • 1 biji telor utk glis/garam kasar, biji bijan, gula+serbok kayu manis(i.e untuk taburan)

Cara-cara

  1. Didalam mangkuk pengadun,ayakkan tepong bersama garam dan gula 
  2. Kemudian taburkan yis dan gaul rata.
  3. Buatkan lubang ditengah dan masukkan butter cair, susu dan air. 
  4. Gaul rata untuk menghasilkan doh lembut.
  5. Tambah tepung sedikit-sedikit jika perlu sambil menguli doh hingga kental dan elastik.
  6. Bulatkan doh dan letakkan didalam mangkuk yang diglis sedikit minyak, tutup dengan plastik bersih dan biarkan ia kembang 2x ganda.
  7. Tumbuk doh yang telah kembang dan bahagikan kepada 16 bahagian.
  8. Uli tiap satu sepanjang lebih kurang 10-12inci(seperti tali).
  9. Ambil 1 tali, pegang kedua hujungnya dan jadikan seperti huruf U kemudian simpulkan@ silangkan saja hujungnya bersama dan letakkan berlawanan arah, picit sedikit supaya ia lekat dan susun diatas loyang bakar.
  10. Setelah siap tutup sekali lagi dan biarkan ia kembang 20minit.
  11. Panaskan oven pada 200'c. Sapu atas pretzels dengan telor dan taburkan dengan hiasan kegemaran masing2. 
  12. Bakar selama 15-20minit@ gareng atasnya. Angkat dan sejukkan sepenuhnya diatas wire rack.

Note : Pretzels yang telah masak hendaklah gareng diluar dan lembut didalamnya.

5 comments:

  1. kakyong kalo part masak2 mcm ni yg selalu jadi keras didalam..

    ReplyDelete
  2. kenapa aku yg duk kl ni tak pernah mkn benda alah ni? kesian kat aku...hehe...

    ReplyDelete
  3. teringat pretzel Auntie Anne perisa hazelnut tu. yummie :)

    ReplyDelete