Terbaik SPM belum tentu bijak dalam hidup


Pagi ni ramai blogger heboh memperkataan tentang seorang pelajar perempuan yang merupakan pelajar terbaik SPM satu masa dulu dan sekarang sedang melanjutkan pelajaran di luar negara telah berubah penampilan. Dikhabarkan sekarang pelajar terbabit telah menukar imej kepada penampilan yang berani dan seksi. Wallahu a'lam akan kesahihan cerita ini.

Berubah dari bertudung kepada tidak bertudung atau dari seksi kepada menutup aurat, pilihan ditangan kita ...
Siapa pelajar yang dimaksudkan tak perlu la nak disebut namanya atau ditepek gambarnya disini. Sekalipun apa yang heboh diperkatakan itu benar, tidak selayaknya kita mengkritik sebaliknya tegur la dan nasihat la agar dia tidak terus tersasar dan terus hanyut di negara orang. Mungkin juga ada pelanduk 2 serupa , mana kita tahu kan?

Cuba muhasabah diri  kita adakah kita semakin menghampiri Allah atau kita tergolong dalam kategori biasa-biasa aje. Tengok pakaian kita adakah sudah cukup sempurna kita menutup aurat? Ya kita mungkin lengkap berpakaian, bertudung tapi bagaimanakah ciri-ciri pakaian yang kita sarungkan ke tubuh kita tu? cukup longgarkah? tak nipis atau jarang kah? Jika bertudung tapi kain terbelah menampakkan peha tiada beza dengan orang yang tidak menutup aurat.

Pada saya SPM bukan kayu pengukur kejayaan hidup seseorang individu itu. Jika dia hanya berjaya dalam akademi dan dalam kerjaya dia, tapi tidak langsung menitik beratkan hal keagamaan dalam kehidupan sehariannya dia belum benar-benar berjaya.

Orang yang bijak ialah orang yang pandai menjaga dirinya pandai menyeimbangkan hal duniawi dan hal  akhirat. Orang yang bijak akan sentiasa menggunakan akal yang dikurniakan untuk berfikir, tahu mana betul dan mana salah, pandai melawan arus agar tidak mudah lemas.

Belum tentu seseorang yang pandai dalam akademi bijak dalam mengurus kehidupannya....

4 comments:

  1. spm paling penting.....itulah penentu hala tuju pelajaran anda

    ReplyDelete
  2. cultural shock. Itu sahaja.

    Tak payah ke luar negara, ramai student nurse di hospital saya dulu, yg datang dari Kelantan..bertudung...bila dah beberapa bulan di sini, terus tanggal tudung!

    ReplyDelete
  3. setuju, orang kadang memandang dari segi A yang kita dapat pada peperiksaan, walhal itu tidak menjanjikan kejayaan dalam hidup.

    Memang SPM wajib di ambil, kalau tidak susah juga nak cari kerja, tapi jati dalam diri yang tinggi dan pegangan agama yang baik tu menentukan kejayaan hidup seseorang. Selain itu resti ibu dan bapa, sikap anak tu kepada keluarga juga penting kan...

    ReplyDelete
  4. sangat sangat bersetuju..SPM tu sekeping kertas je..hakikatnya kejayaan dalam hidup seseorang tak banyak dipengaruhi oleh keputusan spm..

    ReplyDelete