Tonton Filem Mann di TV2 malam ni..


  Filem Mann ni antara drama hindi yang jadi kesukaan saya. Kesemua lagu dalam filem ni memang best-best belaka. Mungkin faktor masa tu masih muda remaja, lagi la tangkap leleh tengok cerita ni.

Cerita ni keluar tahun 1999 kan? dah hampir 13 tahun pun kan. Adik-adik remaja semua korang tengok dah tak cerita ni, rasanya kalau korang tengok mesti terjatuh hati kat lagu-lagu dalam filem ni. My hubby pun bila pasang lagu dari filem Mann ni automatik mulut dia pun terikut sekali menyanyi. See orang lelaki pun boleh minat ngan lagu dalam cerita ni, usah kan perempuan kan.

Pada korang-korang yang suka dengan filem ni jugak , jom tengok malam ni di TV 2 pukul 10 malam. Adakah tengok kali ni still feeling sampai berlinang air mata jugak?



Sinopsis Filem Mann:
Dev karan Singh (Aamir Khan), seorang Casanova yang sedang menghadapi masalah hutang, bersetuju untuk menikah dengan Anita (Deepti Bhatnagar), anak perempuan kepada Singhania (Dalip Tahil), seorang pengusaha kaya. 

Priya (Manisha Koirala)dan dev bertemu dalam sebuah kapal pesiaran. Priya baru saja memenangi satu pertandingan tarian dan Karan baru saja menyelesaikan kerja untuk calon mertuanya. dia mencuba untuk mengoda Priya tapi tidak berhasil, tapi mereka berkawan sebelum mereka berpisah. sebelum berpisah mereka membuat janji untuk bertemu 6 bulan lagi. 

Priya dan Karan saling jatuh cinta. Raj (Anil Kapoor) adalah tunangan Priya dan bersetuju untuk menikahinya karena dia telah membantu priya ketika dia kesulitan. Ketika hari pertunangannya tiba, Karan meninggalkan Anita. Di hari pertunangan Priya, dia menulis surat kepada Karan menyatakan semuanya sudah berakhir. Raj tidak sengaja menemukan surat itu, dan memaksa Priya untuk menemui Karan. 

Dalam perjalanan untuk bertemu Dev, Priya mengalami kecelakaan dan kakinya terpaksa di potong. Dev yang sedang menunggu Priya tidak tahu tentang kecelakaan Priya. Akhirnya Priya tidak datang, dan Dev menjadi sedih. Dev kemudian memulai kariernya menjadi seorang pelukis yang terkenal. Dia kemudian bertemu Priya lagi, tapi tidak menyadari bahwa kaki Priya sudah dipotong, dan Priya juga tidak memberitahunya. 

Akhirnya, Dev mengadakan pameran dan Priya membeli sebuah lukisan. suatu hari Dev mendatangi Priya untuk memberinya gelang kaki dan melihat lukisan itu. Dev akhirnya tahu bahwa kaki Priya sudah diamputasi. Akhirnya mereka menikah.

Pelakon :  Sharmila Tagore ( Nenek Dev) , Aamir Khan as Karan Dev Singh , Manisha Koirala as Priya Verma , Deepti Bhatnagar as Anita Singhania , Anil Kapoor as Raj , Rani Mukerji in a Special Appearance

Lagu dalam Filem Mann:
  1. Chaha Hai Tujhko 
  2. Kahena Hai Tumse
  3. Kali Nagin Ke Jaisi
  4. Khushiyan Aur Gham
  5. Kyon Chhupate Ho


  6. Mera Mann
  7. Nasha Yeh Pyar Ka
  8. Tinak Tin Tana
  9. Tumhare Baghair Jeena Kya (Dialogue)





7 comments:

  1. erkk, cop2....tv2 ker tv3?
    rasanya ari tuh tgk iklan kat tv3 kan...

    ReplyDelete
  2. Assalam ana..antara filen yang acik suka jugak..laguu2nya pun acik simpan lam pc diopis ni..terima kasih ana..sharekan lagu2 ni.

    ReplyDelete
  3. sedih citer tu..law tengok meleleh leleh air mata..heheee

    ReplyDelete
  4. harus layan industan malam ni... hihihi!!

    ReplyDelete
  5. harap tak da halangan dan gangguan mlm ni...
    mesti sedia tisu awal2 ni... huhuhu

    ReplyDelete
  6. best giler citer tu romentik n sedih giler

    ReplyDelete
  7. terbaikkk...

    semua lagu-lagu dalam filem ni best2..

    tiba2 terasa nak jadi pelukis cam Dev

    ReplyDelete