Vanilla Coklat Episod 7


Bagi Episod 7 tayangan selasa bersamaan 31 Januari 2012 nanti, Last week amir dah luahkan perasaan kat Zara (boleh recall balik dengan lihat di entry "(Scene) Vanilla Coklat : Amir Luah Perasaan Pada Zara"

Dalam Episod minggu ni , Amir yang sudah menaruh perasaan sayang terhadap isterinya mula membangkitkan haknya sebagai suami sehingga berlakunya pertelingkahan antara mereka.

Liana pelik bagaimana Zara dan Aamir yang dahulunya bagaikan anjing dan kucing kini rapat. Liana cuba untuk menyiasat namun gagal. Dia masih cuba bermanja-manja dengan Aamir dan Aamir tidak melayan kerana Aamir telah jatuh hati pada Zara,isterinya.Namun apabila bergaduh dengan mulut laser Zara yang ada sahaja tidak kena Aamir pasti mencari Liana untuk melepaskan tekanannya.

Zara pula memang menyampah dengan sikap Aamir yang baginya kaki perempuan. Zara pula apabila melihat Aamir dan Liana dia menjadi serba tidak kena daripada mood baik terus bertukar tegang walhal Aamir sebenarnya telah jatuh cinta kepadanya Cuma Zara seorang yang sangat ego. Walaupun mereka kini rapat namun kadang-kadang bila mood Zara kurang baik dia tetap akan mengingatkan Aamir mengenai undang-undang mereka dan ianya harus dipatuhi. Aamir yang kadang-kadang baru sahaja cuba jadi romantik terus hilang mood dengan sikap moody Zara.

So, pada yg mengikuti drama bersiri Vanilla Coklat jangan ketinggalan tuk saksikan episod 7 nanti ya....



4 comments: