Apam Polka Dot je tuk sarapan


Baru nak mencuba buat Apam Polka Dot, orang lain dah berzaman buat kan, ada yang corak rupa lady bird , rupa angry birds pun ada yg buat kan. Tapi cam saya yang memang keras tangan ni, buat dot - dot je la yang termampunya.

Ni pun lupa nak letak filling. Tak kisah la janji rasanya tak tawar. Budak-budak ni pun okey je , cuma Safiyya je la sibuk tanya "kenapa mama tak buat bentuk bunga?"

Errrrr.....camna nak buat bentuk bunga ya, kena cari acuan bunga baru boleh kot.


Tak kisah la rupa bunga tak bunga , polka dot tak polka dot ke. Tu semua hanya untuk jamu mata je kan. Rasanya tetap sama.

Untuk Percubaan kali ni saya guna gabungan dari 3 warna je. Warna merah jambu, hijau dan oren. Malas nk bancuh banyak2 warna, janji ada warna kesukaan safiyya, tak de la mulut dia nak bising bertanya.

Resepi, bahan-bahan dan cara nak membuat Apam Polka Dot ni ada kat bawah. TAPI saya cuma buat 1/3 dari adunan tu je. Cukup la tuk sekali hadapkan.

Sumber : Apampolkadot.com


1 comment:

  1. rajinnya buat apam utk sarapan...untungla anak2 ana..

    ReplyDelete