Drama Patah Seribu : Shila & Sharnaaz


Satu lagi drama karya Michael Ang selepas drama Biar Mimpi Sampai Ke Bintang yang menggandingkan bintang popular indonesia (Randy panggalila) dengan Elfira Loy.

Untuk Drama Patah Seribu , gandingan pasangan yang dikatakan semakin mesra iaitu Shila Amzah dan Sharnaaz ahmad akan ke udara pada 23 Februari ini pada pukul 9 malam di Saluran Astro Ria.

Selain SHARNAAZ dan SHILA, pelakon lain yang menjayakan drama ini ialah JIHAN, AMAR BAHARIN, SHARIFAH SHAHORA, KATHY AZEAN, REZA MOHAMMAD DAN AMAR ASHYRAF.

Sinopsis drama Patah Seribu:

Patah Seribu mengisahkan Bella (Shila) dibesarkan dalam suasana mewah sejak kecil mula merasakan hidupnya kosong apabila mendapati rakan-rakannya hanya rapat dengannya kerana wang dan kedudukan.

Dia berkenalan dengan Azu (Sharnaaz) yang juga seorang penjual buah berangan namun Azu enggan melayannya sehinggalah pengutip cukai haram datang memeras ugutnya di gerai.

Kasihan dengannya, Bella membayar sejumlah wang kepada penjahat tersebut dan sejak itu dia semakin rapat dengan Azu dan pelbagai kisah menarik terjadi sepanjang perkenalan mereka.

Trailer bagi Drama Patah Seribu







OST bagi Drama Patah Seribu





Promo di Astro bagi Drama Patah Seribu



1 comment: