Drama Seindah Sakura di TV3


Satu lagi drama yang diadaptasi dari novel bakal bersiaran di slot Akasia TV3. Drama Seindah Sakura arahan Zul Huzaimy dan dibintangi oleh Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Dato' Eizlan Yusof, Eryna, Fimie Don dan pelakon lainnya menjalani pengambaran sekitar Kuantan Pahang dan Kota Paris.

Drama terbitan Temenggung Pictures Sdn Bhd ini menampilkan Fahrin Ahmad sebagai seorang cikgu manakala fasha Sandha memegang watak seorang murid miskin dan bermasalah di sekolah. Kalau ikut jalan cerita Novel watak Cikgu Airil ( fahrin ahmad ) pada permulaannya bersangka buruk dengan Shaqira (fasha Sandha) kerana menyangka Shaqira adalah pelajar yang bermasalah. Kemudian wujud perasaan simpati seterusnya Cikgu Airil jatuh hati dengan Shaqira. Tapi kerana fitnah mereka berpisah, Cikgu Airil bawak diri ke luar negara manakala Shaqira pulak akan melalui pelbagai dugaan sampai ke tahap dia perlu berkahwin dengan datuk Walid , bapa saudara kepada Cikgu Airil.

Berapa peratus persamaan antara jalan cerita Seindah Sakura Versi Novel dan Versi Drama kena tonton dan nilai sendiri je la nanti ya.






Sumber : Seindah Sakura

Sedikit Sinopsis berdasarkan Novel Seindah Sakura dibawah:

"Sejujurnya aku tak bisa bersembunyi
di sebalik perasaan ini"
 

Seindah Sakura mengisahkan Shakira seoarang pelajar yang sering disalah erti oleh gurunya (Cikgu Airil) sebagai seorang pelajar yang bermasalah . Tetapi kematian Moyang Kiah telah membuka kisah duka Shakira hingga menimbulkan rasa kesal di hati Airil disebabkan sikap  buruk sangkanya selama ini pada Shakira. Kesudian bapa saudara Airil, Datuk Walid mengambil Shakira tinggal bersamanya menyenangkan hati Airil.

Ibu Shakira, Rosmah, yang telah lama menghilangkan diri  muncul kembali tetapi kemudian ditangkap polis kerana membunuh tanpa niat lalu dipenjarakan. Disebabkan Rumah buruknya hangus dalam kebakaran, Shakira terpaksa kembali ke pangkuan Datuk Walid walaupun tahu anak datuk iaitu Anida membencinya,

Anida sentiasa ada agenda buruk terhadap Shakira malah tidak pernah menyembunyikan rasa tidak senang hatinya pada Shakira. Disebabkan cemburu dengan kemesraan antara Airil dgn Shakira,  lalu Anida membuat fitnah untuk menimbulkan perasaan  benci di hati Airil terhadap Shakira.

Ketegasan Airil telah mencampakkan Syakira ke rumah pemulihan akhlak walaupun dia bukan remaja rosak. Tapi fitnah telah membuat Airil percaya Syakira terlalu bebas pergaulannya, hingga sanggup menggoda Airil.  Kerana Kecewa airil mengambil keputusan untuk ke luar Negara.

Dengan ihsan Datuk Walid, Syakira berjaya meneruskan pelajaran dan amik SPM. Dia cuba lari dari kongkongan Datuk Walid bila merasakan pandangan dan perhatian Datuk Walid kelihatan lain macam terhadapnya. Tapi alasan Datuk Walid utk membawa pulang ibunya yg HIV positif utk dirawat secara rapi di rumah, Syakira sekali lagi terperangkap. Ibunya semakin sihat walaupun takkan sembuh sepenuhnya. Tawaran ke UIA telah membuat Datuk Walid melamarnya dan berjanji akan menanggung pengajiannya hingga ke peringkat tertinggi.

Syakira ingin menolak tapi ibunya melihat itu sebagai peluang utknya memajukan diri dan keluar dari kancah kemiskinan yg membelenggu Shakira sejak lahir. Syakira cuba lari dari kemelut itu, tetapi padah yg datang bila seluruh wang simpanannya ditipu sepasang suami isteri yg kononnya mahu membantu  dan kemudian dia juga hampir2 dilacurkan. semua tu berlaku dlm tempoh kurang 2 hari . Malang betul nasibnya. Lalu terpaksalah dia kembali semula ke rumah mewah Datuk Walid. Dia akhirnya bersetuju berkahwin dgn Datuk Walid tetapi meletakkan 2 syarat agar dia tidak sentuh selagi belum tamat pengajian dan dia akan terus memanggil Datuk Walid dengan panggilan 'pakcik' seperti biasa. Datuk Walid bersetuju dgn syarat2 tersebut, lalu dptlah dia berbini baru yg baginya seiras dgn arwah isteri pertamanya dulu.

Selepas 4 tahun ijazah, Syakira sambung lagi dua tahun dan dalam tempoh tu dia rapat dgn Putera Haziq yg sungguh2 menyintai dia, siap curi2 gi rumah Syakira dan melamar Syakira melalui DAtuk Walid yg disangka ayah kpd Syakira. tu pun lawak jugak. Sebenarnya masa tu Datuk Walid sdg menguruskan urusan penceraian diorang, mgkin sbb rasa bersalah kerana Anida menjadi punca ibu Syakira meninggal dunia. Sebenarnya Datuk Walid ni ada agenda yg baik dan positif utk Syakira. Dia bukannya org tua miang, cuma cara penceritaan mula2 tu mcm nak buat kita percaya Datuk tu teringin bini muda belia. Saya rasa kagum jugak dgn innocent nya si Syakira tu masih lagi mempertahankan maruah diri walaupun beberapa kali dia terdedah pada bahaya itu. Selepas berkahwin ngan Datuk Walid dulu dia jadi seorg gadis yg sudah berani bercakap sinis. Dan lepas bercerai dan sebahagian harta dapat la diserahkan pada Syakira tanpa perlu dipersoalkan sesiapa akan haknya itu.




Sumber : We Love Fasha Sandha





No comments:

Post a Comment