Gara-gara Dettol No-Touch Hand Wash System


Kat rumah ni memang guna beberapa produk dettol, dan antaranya kami guna Dettol No-Touch Hand Wash System (seperti dalam gambar). Memang memudahkan bila guna Dettol No-Touch Hand Wash System ni, ya la tak yah nak tekan, letak je tangan kat tempat keluar cecair tu, automatik ia akan mengeluarkan cecair pembersih tu.

Bila dah terbiasa guna yang no-touch ni sampaikan bila kat kampung baru ni boleh pulak terlupa yang botol hand wash kat sana kena tekan. Ya la kalau yang Dettol No-Touch Hand Wash System tu tak yah tengok pun, mata kat tempat lain tangan je hulur kat Dettol No-Touch Hand Wash tu secara automatik cecair tu akan keluar. Masa kat kampung hari tu pun gara-gara terlupa, mata tengok kat lain tangan hulur kat botol dettol pastu tetiba pelik pesal pulak la tak de cecair basuh tangan yang keluar, hihihihi terlupa sudah. Nasib baik tiada yang perasan kalau tidak malu sendiri je.

Kes ni kira lebih kurang dengan kes orang yang dah terbiasa pakai smart phone jenis yang touch screen, bila tetiba usik phone jenis yg biasa tu, mula la duk tekan-tekan kat screen phone pastu pelik kenapa tiada effect langsung, hahaha then baru perasan telefon tu bukan jenis yang touch screen. Sedar sendiri & termalu sendiri je ◠‿◠

Siapa pernah jadi camtu? Tekan screen phone yang bukan touch screen ?

Saya pernah....huhuhu nasib baik kejadian tu berlaku kat rumah sendiri kalau depan-depan org ramai mau merah jugak muka kan...

Ingin memenangi iPad 2? klik pada gambar untuk maklumat lanjut....




5 comments:

  1. benda yang selalu kita amalkan setiap hari jadi mcm tu la kan :)

    ReplyDelete
  2. wahhh..saya tak tahu pun Dettol ada keluarkan produk macam ni..guna elektrik ke bateri?

    ReplyDelete
  3. xpenah beli lg dettol no touch ni. bunyik mcm best je.. teringat sistem paip kat masjid shah alam tu..automatik je keluar air bila org tadah tgn nk ambik wudhu'..best betul ;)

    ReplyDelete