Gemersik Kalbu Episod 21 - 24 (minggu terakhir)


Bagi yang mengikuti drama Gemersik Kalbu , Sinopsis bagi setiap Episod untuk Minggu ke - 6 , minggu terakhir seperti dibawah:

  • Episod 21 (6/2/2012) - Hisham tiba di KL dan dia mahu berjumpa Raihana. Raihana gelabah tetapi dia memang tidak boleh berjumpa kerana perlu menjaga Rahimah dan juga Adiba. Oleh kerana raihana tidak mahu sesiapa tahu tentang hubungannya dengan Hisham, raihana minta Hisham datang bertemu dengannya di hospital nanti. Tetapi Hisham yang nyata sudah hilang kesabarannya mahu mengintip Raihana dan dia telah pergi ke hospital lebih awal. Di sana dia dapat melihat sendiri dengan mata kepalanya yang Raihana seperti nampak mesra dengan Sufian. Tetapi dia tidak tahu yang sebenarnya Raihana bersimpati dengan Sufian yang baru sahaja mendapat berita tentang kematian Tasha. Kini Hisham berbelah bagi kerana dia merasakan yang kali ini Raihana benar benar bermain dengan perasaannya.

  • Episod 22 (7/2/2012) -Pertemuan dengan Hisham mengubah segalanya. Sufian menjadi agak dingin dan kelihatan menjauhkan diri dari raihana sampai raihana rasa bersalah. Raihana pula sangkakan yang perubahan sikap itu adalah sebagai persediaan mental Sufian untuk berpisah dengannya. Raihana juga bersiap sedia untuk pulang ke Layangan tetapi pada masa itulah Sufian beritahu yang sebenarnya dia sudah pun bertemu dengan Hisham . Raihana jadi malu dan rasa bersalah pada masa yang sama dan akhirnya raihana nekad mahu setelkan sahaja hubungannya dengan Hisham. Ketika Raihana berada di Layangan , Sufian jalani prosedur membuang batu karang seorang diri. Raihana berjumpa dengan hisham tetapi dia sudah pun ada keputusan sendiri.

  • Episod 23 (8/2/2012)- Hisham terkejut bila raihana beritahu yang Raihana tidak mahu meneruskan hubungan kerana tidak setuju dengan cara hisham. Tetapi apa yang Hisham dapat lihat adalah Raihana sebenarnya sudah seakan jatuh cinta dengan Sufian. Raihana nafikan.Dia Cuma jalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan perjanjian itu akan berakhir selepas persandingan nanti. Raihana pulang ke KL dan menunggu Sufian pulang. Raihana cuba hubungi Sufian tetapi gagal. Rupanya Sufian dimasukkan ke hospital kerana hempedunya pecah kerana masalah batu karangyang dihidapi tetapi dirahsiakan selama ini. Akhirnya bila sudah lewat malam, raihana hubungi Sufian dan mujurlah Azilah yang jawab phone dan beritahu Sufian sebenarnya berada di dalam wad.Hanya beberapa hari selepas pulih, Sufian pergi ke luar negara dan sekembalinya dari Australia, Sufian menjadi lebih dingin dan lebih jauh.

  • Episod 24 (9/2/2012)- Ketika majlis persandingan hanya tinggal dua minggu sahaja lagi, Sufian sibuk berkemas seperti hendak pergi bernikah.

Promo Gemersik kalbu Episod 21 , 22 , 23 & 24





Selepas habis drama Gemersik Kalbu ni nanti, khabarnya akan menyusul drama baru bertajuk Cinta Buat Emilda yang dilakonkan oleh Amran Ismail, Elmy Nadia, Mia Sara, Rebecca dan Fizo Omar. 

No comments:

Post a Comment