History Channel : Sudirman Hj Arshad


Genap 20 tahun pemergian Allahyarham Sudirman Hj Arshad. Sampai sekarang tak pernah jemu dengar lagu-lagu nyanyiannya. Orang kata "patah tumbuh, hilang berganti".. tapi bagi saya tiada yang setanding Allahyarham sebagai seorang penghibur lelaki .

Penyanyi lelaki yang bersuara sedap ramai, tapi nak mencari seorang penghibur yang versatile rasanya susah. Betul tak?

Buat entry ni sambil tengok History Channel tentang Sudirman. Memang tak boleh nak fokus menaip, rasa kagum dengan cara persembahan Allahyarham.  Sambil taip sambil tengok sambil tu jugak, kepala duk ligat mengingat kenangan zaman kanak-kanak dulu. Kenangan zaman menonton rancangan hiburan kat TV1 , masa zaman kecik-kecik tu pun dah memang kagum dengan cara persembahan dia yang tak membosankan. Penyanyi sekarang, boleh ke buat sepertimana allahyarham buat?

Yo la zaman dah berubah, minat orang bab persembahan nyanyian pun dah lain. Mana ada dah penyanyi yang nak buat persembahan camtu , cukup setakat nyanyi berdiri setempat je sekarang ni. Lagi pun kalau setakat penyanyi biasa-biasa nak buat persembahan macam allayarham rasanya susah nak dapat sambutan, lain la kalau Dato' Siti kan?

Bagi yang tak berkesempatan nak tengok rencana tentang Allahyarham Sudirman di History Channel, boleh tengok kat youtube, tapi part by part la, tak jumpa pulak yang full video...alasan malas nak mencari aci tak?

..

..


2 comments: