Hukum solat sambil menggendong bayi



Adalah dibolehkan solat sambil mendukung anak yang masih kecil. Maksudnya diharuskan mendukung anak kecil sewaktu mendirikan solat. Sesungguhnya Nabi saw telah mendukung Umamah binti Zainab r.a dalam keadaan baginda sedang solat. (riwayat Bukhori dan Muslim). Dan adalah Hasan dan Husain memanjat belakang Nabi saw ketikan baginda sedang sujud. 
Syarat yang perlu dipatuhi ialah jangan melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan solat (sumber : http://muis.ismaweb.net) seperti:
1) Pastikan anak itu bersih dari najis. Perkara ini telah disebut oleh Imam an-Nawawi dalam kitab majmuknya.
2) Kawal pergerakan. Jangan banyak bergerak sehingga hilang fokus (khusyu').
3) Dada sentiasa mengadap kiblat.

Di dalam mengerjakan solat, solat seseorang dikira sah apabila memenuhi beberapa syarat sah solat dan di antaranya ialah mesti berada di dalam keadaan yang suci daripada hadas dan najis. Oleh yang demikian, solat seseorang ibu yang mengendong anak kecilnya semasa bersolat adalah sah dengan syarat anak kecil tersebut berada di dalam keadaan yang bersih daripada najis (lampinnya tidak ada air kencing ataupun tahi) disepanjang tempoh beliau mengerjakan solat. Namun begitu, jika semasa beliau mendirikan solat anak kecilnya kencing ataupun berak, maka solatnya adalah terbatal kerana beliau dikira sebagai orang yang sedang menanggung najis. Orang yang menanggung atau membawa najis adalah tidak memenuhi syarat sah solat. Dari itu, ibu yang mengendong anak kecil yang terdapat padanya najis semasa bersolat adalah tidak sah solatnya.
Untuk maklumat lanjut sila tanya pada ustaz/ustazah yg lebih arif pasal hal ni. 
Ana : siapa yg tahu lebih lg tentang isu ni dipersilakan berkongsi maklumat ya!

4 comments:

  1. munna pun baru tahu pasal ni...

    ReplyDelete
  2. baby2 kan pakai pampers sekarang. mcm mne pulak nk makesure dye tak terbuang najis??

    ReplyDelete