Jom tengok planet lagi malam ni!


Korang berkesempatan tengok planet Utarid, Zuhrah & Musytari tak semalam?

Kitaorang semalam masa on the way balik dari Jerantut berkesempatan la menengoknya, tu pun cuma nampak bulan , Zuhrah dan musytari je. Utarid memang langsung tak kelihatan sebab terlindung dengan awan, lagipun kedudukan Utarid yang memang ke bawah memang sukar nak nampak pun.

Safiyya dan Rifqi semalam bukan main seronok lagi dapat tengok bulan, Zuhrah dan Musytari. Macam jakun pun ya jugak. Sibuk duk cakap bulan bergerak ikut kereta.

Petang ni pun Insyaallah kalau langit cerah, ingat nak ambil gambar pulak.

Info sumber dari FalakOnline

Terlepas nak tengok jujukan planet2 dan bulan semalam? Mendung? Hujan? Awan nano?

Tak pe, petang ini ada peluang lagi, kali ni Bulan makin dekat dengan Zuhrah. Sila guna gambarajah ini untuk panduan. Untuk tengok Utarid, seeloknya 15-30 min lepas Maghrib, kalau lewat dari tu, ia dah terbenam.

Semua ini boleh nampa LEPAS MAGHRIB! dan berlanjutan lepas Isya.

Keliru mana satu planet tu? Ikut petua dibawah:
1. Objek yang paling dekat dengan Bulan, itulah Zuhrah
2. Objek yang ada tinggi sikit ke ATAS dari Bulan, itulah Muystari
3. Kalau langit clear, yang paling terang (rendah sikit di ufuk) ialah Zuhrah, yang kedua cerah (tinggi sikit) ialah Musytari.
3. Takkan ada bintang-bintang secerah depa berdua tu di langit barat, jadi tak mungkin akan salah tengok.
4. Utarid rendah di ufuk, mungkin payah nak tengok. Kalau tak nampak, tak pe.. tak masuk exam pun :)
5. Kalau nampak sebiji je terang, maknanya ada awan lindung la tu. Tak bermaksud objek2 tu tak ada di langit!
6. Kalau berawan tebal atau mendung atau hujan ... memang tak akan nampak pun, jadi janganlah tuduh saya tipu pulak! huhuhuhu...

Ada kamera? Ambik je gambar petang ni, rasanya lagi senang dari semalam, pasal Zuhrah, Bulan dan Musytari berkumpul lebih dekat dari semalam.

Tak kisahlah DSRL ke, cameraphone ke..compact ke, semua boleh cuba. Belum cuba belum tau, tak gitu? :-)

Dan.... semua ini boleh tengok dengan MATA KASAR, tak perlu teleskop.

Jom teropong....lagi!


2 comments:

  1. tak tahu pun pasal planet ni... mlm ni nak cuba tgklah...harap2 munna x lupa

    ReplyDelete
  2. Kala teringat nanti boleh la nengok2...

    ReplyDelete