Kek span Coklat untuk Besday rifqi


 Kononnya nak buat kek sempena besday Rifqi hari jumaat malam, tapi dek kerana petang jumaat tu duk sibuk ubah kedudukan barang-barang kat dalam rumah ni sampai sakit-sakit pinggang, makanya plan nak buat kek terpaksa di tunda ke pagi sabtu.

Pagi sabtu pulak, Ainul duk meragam bosan agaknya terperap kat rumah je. Kebetulan sabtu tu my hubby kena bawak anak murid pergi bertanding merentas desa peringkat daerah, makanya tertangguh lagi nak buat. Dalam pukul 10.30 lebih baru berpeluang nak membuatnya. Godek-godek adunan kek letak atas dapur terus sambung masak nasi ayam pulak.


Tu la kisahnya, bila dah last minit buat deco pun deco simple-simple je la, budak-budak ni tak berkenan sangat kek yang ada aicing. Janji ada kek tuk besday diaorang dah puas hati (^_-)

Tuk kek span coklat ni saya guna resepi dari zethy305f@myresipi. Bahan dan cara nak buatnya boleh tengok di bawah:



1 comment:

  1. ok la tu kak...kek coklat kan mesti dorang suka

    ReplyDelete