Promo Atas nama cinta episod 1, 2, 3 & 4


Drama terbaru bertajuk "Atas Nama Cinta" yang akan mengisi slot Akasia , isnin hingga khamis pukul 7.00 malam diTV3. Untuk minggu pertama sinopsis ringkas bagi episod 1 , 2 , 3 dan 4  seperti dibawah:
  • Episod 1 ( 13 feb 2012) ~ 15 tahun dahulu, SAIFUL, 10 tahun dan ayahnya AHMAD , (35) kembali ke kampung halaman Ahmad yang terletak hanya beberapa jam dari Kuala Lumpur. Ahmad bersama anaknya, Saiful kembali ke kampung halaman untuk melarikan diri daripada 'along' yang asyik mengejarnya.Dikampung, Saiful berkawan baik dengan Cinta. Dia selalu menyelamatkan Cinta daripada menjadi mangsa buli.

  • Episod 2 ( 14 feb 2012) ~ Bapa Saiful buat onar dengan mencuri wang simpanan ibu Cinta, Zahara. Rupanya Ahmad gunakan wang tersebut bukan untuk membayar hutang tetapi sebaliknya berjudi dengan alasan mahu membuat wang lagi. tetapi malangnya dia kalah judi. Zahara kini berada di Kuala Lumpur dan cuba mencari Ahmad di merata rata tempat.

  • Episod 3 ( 15 feb 2012) ~ Saiful nekad mahu mencari ayahnya di Kuala Lumpur. Dia tidak sangka bahawa Cinta juga akan mengikutnya kerana Cinta turut mencari ibunya.

  • Episod 4 ( 16 feb 2012) ~ Di dalam kekalutan itu, kebetulan pula Sulaiman yang sedang memandu kereta telah terserempak dengan Saiful yang tengah mendukung Cinta. Mungkin kerana saiz Saiful yang kecil, dia tidak dapat tampung berat Cinta dan Saiful sendiri berjalan terhuyung hayang.
Video Promo Atas Nama Cinta untuk minggu pertama , episod 1 , 2 , 3 dan 4:




No comments:

Post a Comment