Purata 6 bayi luar nikah lahir dalam sejam di Malaysia


Satu angka yang amat mengejutkan dan membimbangkan... Betul tak?

Dalam masa sejam, purata 6 bayi hasil perhubungan luar nikah lahir di negara kita. Tu kalau ikut perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam tempoh tiga tahun mulai 2008 hingga 2010, sebanyak  152,182 bayi tidak sah taraf telah didaftar. Purata kelahiran anak luar nikah dalam setahun seramai 50,727 manakala dalam sebulan seramai 4,227   dan jika dikira dalam sehari purata 141  bayi tidak sah taraf dilahirkan  .

ITU ANGKA YANG BERDAFTAR...

diulang ... BERDAFTAR!!! 

Agaknya kalau dicampur dengan bilangan yang menyorok kelahiran tak kira la bayi tu dibuang atau dijual , mungkin angkanya boleh mencecah 10 kelahiran dalam masa sejam kan?

Kita sebagai ibu bapa yang ada anak elok la amalkan doa di bawah agar anak-anak kita terhindar dari melakukan kemaksiatan:

 Doa mengharap anak / kenalan anda hilang rasa untuk melakukan maksiat.

Letak tangan di dadanya, dan bacalah doa ini: 

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ، وَطَهِّرْ قَلْبَهُ، وَحَصِّنْ فَرْجَهُ.

Maksudnya:  “Ya Allah, ampunilah dosanya, bersihkan  hatinya dan peliharalah kemaluannya”
Riwayat Ahmad no.22265

7 comments:

  1. Memang satu angka yang mengejutkan kan ana. Dunia akhir zaman, hmmm

    ReplyDelete
  2. AstagfirullahHal'azim..NauzubillaHiminzzaligh..

    ReplyDelete
  3. Ya Allah :( terkejut,sedih baca nih..benda2 mcm ni secara tak langsung boleh jadi dlm kalangan ahli keluarga & kawan2 kite jgk..Ya Allah,jauhkan dari org2 yg kt sayang & umt Islam..walupun tau benda ni payah nak halang,tpi :(

    ReplyDelete
  4. dunia akhir zaman... semoga dijauhkan daripada semua benda macam ni

    ReplyDelete
  5. moga dijauhkan la dari benda2 gini...

    ReplyDelete
  6. Jangan sampai Allah turunkan bala kepada kita semua...

    ReplyDelete