Seorang Isteri Bergelar Blogger


Sekarang dah ramai isteri yg bergelar blogger, tak kira la blogger suam-suam kuku ke, blogger chipsmore sekejap ada sekejap takde ke , atau blogger bermusim sahaja tapi bila dah ada blog dan dah ada entry yg dipublish kira dia seorang blogger la jugak kan. Walau sehebat mana pun dia di dunia blogging, title isteri tu tetap perlu diletak ditangga yang kedua selepas tanggungjawab sebagai seorang yang memegang title "hamba Allah" di tunaikan dengan sempurna.

Jangan sesekali biarkan title blogger menjadi penyebab kita lupa dan alpa menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri....

Pic dr Komik niaga


Perlu sentiasa ingatkan diri dan batas kan diri dalam hal dibawah:

  • Jangan sesekali menceritakan keburukan suami atau menceritakan perihal rumahtangga khususnya cerita "dalam selimut" di dalam blog. Gaduh dengan suami ke, suami perangai sekian-sekian ke, kalau yang cerita perkara yang baik tu okey la kan tapi jangan sampai wujud riak atau buat entry dengan niat nak menunjuk-nunjuk.
  • Jangan lebihkan masa berblog melebihi masa melayan suami. means layan suami sekadar touch and go je, sekadar tanya dimulut tapi mata tumpu depan laptop type entry atau berblogwalking.
  • Jangan terlalu overexpose gambar diblog sampai boleh membangkitkan ghairah orang yg melihatnya. Kalau nk letak gambar pun pilih-pilih la mana yg sesuai khususnya dari segi pakaian dan posing .
  • Jangan berbangga dengan duit yang diperolehi dari berblog sampai mengeluarkan ayat contohnya "nasib ada duit dari berblog boleh buat duit shopping nak harapkan suami yang belanja, tahun depan pun belum tentu" . erk ada ke sampai ke tahap ni?
If ada penambahan sila la tambah ya! sebagai peringatan kita-kita yang pegang title isteri dan dalam masa yang sama jadi blogger ni. 



11 comments:

  1. aah, ingatan untuk sesama kita

    ReplyDelete
  2. Betul-betul....

    semoga kita seorang isteri dan juga blogger ni, tidak lupa dan mengabaikan tanggungjawab pada suami dan keluarga pula. Blog hanya sebagai teman di waktu senggang, jd jangan jd kan blog perkara wajib pula kan ana...

    Terima kasih ingat mengingatkan, apa jua cerita di blog, kena pastikan tidak menjatuhkan aib suami dan keluarga sama2 kita beringat...

    ReplyDelete
  3. saya tak nak cari isteri yang blogger..nak cari yang gila bola..hehehe

    ReplyDelete
  4. bila suami ada kat rumah aku mmg tak adap lappy..
    walaupun dia tak pernah tegur, taknak la sampau dia tegur kan..
    pandai2 la ejas time berblogging tu...

    ReplyDelete
  5. Tq sis...^_^
    Peringtan utk diri ini..

    ReplyDelete
  6. hubby pun sporting kalo kita sibuk nak amik gambar makanan ..hehehe :) jarang bukak blog di hari minggu kecuali bosan sangat ajer.

    ReplyDelete
  7. perkongsian yang menarik untuk sama-sama kita renungkan (^__^)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, suami faham, minat isterinya ni..

    kdg2 dia plak yg erlebih2 suruh snap gamabr itu ini.. tp kita plak yg malas nak letak dlm blog...

    tp memang betul, berblog pun harus la berpada2.. jgn sampai terlupa semua benda gara2 berblog..


    errkkk.. takdan lagi nak shopping dgn pendapatan dr blog... ciput sgt..

    ReplyDelete
  9. blog hanya samping.....pape masa berblog kan boleh adjust...

    ok...Wassalam....

    ReplyDelete
  10. betul2..sangat setuju..walaupun sy belum kawin tapi penah jugak terpikir..nanti kalau dah kawin nak cite pasal rumah tangga ke setiap hari? mestilah tak boleh kan. ada do and dont..

    ReplyDelete