7 Petala langit : 1 kelainan


Rata-rata penerbit filem berlumba-lumba nak menerbitkan filem bergenre seram, seram-komedi, komedi dan aksi. Sepatutnya la kan syarikat-syarikat penerbitan filem yang dimiliki sepenuhnya oleh orang melayu yang beragama islam perlu paling kurang sekali pernah menerbitkan filem berusur islamik.

Kenapa Metrowealth boleh membuat perancangan untuk menerbitkan satu filem berbentuk islamik setahun?

Kenapa tidak syarikat milik penuh orang islam sendiri?

Adakah kerana filem bergenre islamik ini tidak komersial?

Jika tiada nilai komersial langsung, kenapa indonesia filemnya yang berunsurkan islamik boleh meletup? Bahkan kita yang di malaysia ni juga suka menonton filem dari seberang yg bergenre sebegitu?

Mungkin lebih ramai yang suka menonton filem bergenre seram, aksi dan komedi kat Malaysia ni kot, sebab tu rata-rata penerbit filem TAK BERANI nak menerbitkan Filem bergenre islamik. TAKUT TAK LAKU TAK BOX OFFICE.

Jika kena dengan jalan cerita dan pelakon yang membintanginya tak mustahil Filem bergenre Islamik boleh box office. Betul kan ?






Kisah mengenai cinta sesama manusia, cinta diantara seorang lelaki dan perempuan, cinta diantara seorang Islam dengan agamanya, cinta diantara seorang ayah dan anaknya, cinta diantara guru dan pelajarnya. Sebuah filem mengenai 7 PETALA CINTA. ATTAR (Aeril Zafril) , seorang yang berada dalam kejahilan sehinggalah bertemu dengan ABY IKHWAN, seorang guru di Madrasah Qalbun Salim yang telah mengajar Attar mengenai Islam. Dalam diam, Attar menyimpan perasaaan terhadap SAIDATUL NAFISA (Shima Anuar) namun dia redha apabila Saidatul Nafisa bertunang dengan HAMKA (Fizo Omar).

Saidatul Nafisa dan Hamka disatukan didalam satu ikatan pertunangan dan akan dikahwinkan sebaik sahaja Hamka pulang daripada menuntut ilmu di Tanah Arab. Ditakdirkan, malapetaka berlaku dan Hamka dikatakan telah meninggal dunia. Saidatul Nafisa meneruskan hidupnya dengan tabah namun Aby Ikhwan, ayah kepada Saidatul Nafisa mahu anaknya itu cepat – cepat mendirikan rumah tangga supaya sinar kebahagian dapat kembali kepada Saidatul Nafisa. HILMA AQILA (Diana Amir), adik kepada Hamka juga menuntut di tempat yang sama dengan Saidatul Nafisa.

Hubungan diantara Hilma Aqila dan Saidatul Nafisa seperti adik beradik. Semenjak kematian Hamka, keluarga Saidatul Nafisa menjaga Hilma Aqila seperti anak sendiri. NIDA, seorang wanita yang dipaksa menjadi pelacur oleh ahli keluarganya sendiri telah bertemu dengan Attar dan terdetik rasa suka di hati Nida. Attar cuba untuk membawa Nida kembali ke jalan yang benar, namun Nida mempunyai niat lain terhadap Attar. Ditakdirkan, jodoh Saidatul Nafisa adalah dengan Attar namun pelbagai halangan datang menghalang hubungan mereka. Dapatkah Saidatul Nafisa dan Attar bersatu? Apakah niat Nida?




3 comments: