Tips hilang stress : Dengarlah suara ibu



Dari dulu ibu atau emak kita yang menjaga kita, menyusukan kita, menyuapkan kita makan, malah memujuk kita. Semasa kecil, orang yang pertama kita cari ketika kita sakit ialah emak. Orang yang kita cari ketika kita gembira juga emak. 

Banyak kajian mendapati bahawa suara ibu atau emak kita dapat memberikan ketenangan, dengan izin Allah. Suara mereka menyebabkan tubuh kita mengeluarkan hormone yang oxytocin yang akan mengurangkan stress dan kita merasa tenang. Suara mereka juga akan menyebabkan hormone cortisol yang mempercepatkan degupan jantung dan meninggikan tekanan darah menjadi kurang.

Oleh itu jika kita stress dalam kehidupan seharian, telefonlah ibu atau emak kita. Mereka selalu mengalu-alukan anak-anak menelefon mereka. Jika menghadapi tekanan besar, baliklah kampong untuk berjumpa dan mendengar nasihat mereka. Mintalah doa untuk kesejahteraan kita.

Ahli saintis mendapati bukan isi perbualan yang memberikan ketenangan. Tetapi intonasi dan sifat suara mereka, sama ada serak, halus atau sebagainya yang menyebabkan kita merasakan nikmat mendapat kelegaan dan ketenangan. 

Kenikmatan ini tidak akan dapat jika kita menulis surat, menaipkan sms atau menulis e-mail.

Jadi jika stress, telefon emak atau ibu kita, setakat bertanya khabar..

“Assalamu alaikum, mak. Masak apa hari ini?”

“Abah macam mana? Sihat.. oklah mak itu saja. Saja nak tanya khabar”

Dengan izin Allah,   perasaan stress akan berkurangan...

Lagi banyak kita mendengar suara ibu atau emak kita, semakin banyak hormone cortisol akan dikeluarkan. Jangan lokek dengan bil telefon untuk menefon emak atau ibu kita.



2 comments: