Ust Azhar Idrus di Konsert Kabillah Seni


Konsert Kabillah Seni pada 19hb Februari 2012
Konsert bukan sebarang konsert, Konsert Kabillah Seni ni sarat dengan pelbagai pengisian ilmiah seperti Tazkirah, Bual Bicara Bersama Artis, Sesi Soal Jawab Agama dan bacaan syair. Yang pastinya tarikan kepada konsert ini nanti pastinya terarah kepada sesi soal jawab agama bersama Ustaz Azhar Idrus.

Antara selebriti lain yang akan turut serta memeriahkan konsert ini adalah Sham Kamikaze, Bob (KU2), Catriona Ross, Farra, Mel (Wings) , Ali (XPDC) dan Kumpulan Haqqani Maulid.

Program Konsert Kabillah Seni ini akan diadakan pada 19 Februari 2012 di Dewan Tan Sri Ramli Ngah Talib Marina Island, Lumut, Perak.  Buat makluman semua juga sila bawa sejadah sendiri untuk menunaikan solat maghrib dan solat isyak secara berjemaah (Program ini akan dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah .)



1 comment:

  1. makin popular UAI ni kan...

    Perak tu, bila UAI nak dtg Johor ni?...:)

    ReplyDelete