Bingka Biskut Crackers : Sedap!!!


 *Entry Auto Publish *
"Hari ni nak jalan-jalan mengimbau kenangan di Kuala Lumpur"

Korang minat tak dengan bingka atau kuih bakar?

Buat Bingka Biskut Crackers ni dah lama, tapi memang saje tayang hari ni. Memang dah plan nak buat entry autopublish pun, untuk jamu mata korang yang rajin duk singgah kat sini je.

Sebenarnya bingka ni dibuat sebab nak mengurangkan stok biskut crackers yang tak terusik langsung kat rumah ni. Budak-budak kat rumah ni memang tak makan biskut camtu, tah macam mana abahnya boleh terbeli biskut tu, nak tak nak kena la habiskan jugak kan?

Tapi even dibuat bingka ni tak denya diaorang nak makan mana sangat pun. Masa time panas-panas baru keluarkan dari oven tu, berebut la nak makannya. Tapi bila dah sejuk buat tak kisah pulak. Macam-macam kerenah la bebudak ni, ada masa makan ada masa jual mahal, ikut tekak diaorang aje.

Resipi Bingka Biskut Crackers



Masa ternampak resepi ni duk berlegar-legar kat blog-blog masakan memang dah aim nak buat pun. Ya la satu cara nak perabihkan biskut yang tak dapat sambutan, mesti la resipi ni diletak dalam senarai untuk dicuba kan. 

Pada yang nak cuba boleh tengok bahan-bahan dan cara nak membuatnya di bawah ni ya:


BINGKA BISKUT CRACKERS
resepi asal : kh267tm@myresipi.com
olahan : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 140g biskut cracker @ setengah peket
  • 85g tepung gandum
  • 210g gula - kemanisan ikut citarasa masing2
  • 3 biji telur
  • 710ml santan @ susu cair - guna santan kotak je
  • 1 sudu besar butter@marjerin@minyak sapi - guna marjerin
  • 1sk pandan paste atau pewarna kuning - Guna pewarna hijau 
  • garam secubit
  • bijan sangai - tak de stok, so tak letak


Cara-cara

  • Panaskan oven suhu 180. Lengserkan loyang dengan minyak.
  • Blend semua bahan kecuali bijan sehingga semua hancur.
  • Tuang ke dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
  • Bakar selama 1jam sehingga keperangan.
  • Sejukkan dan potong.




6 comments:

  1. biskut kat umah aida pun x laku. bertahun la dlm bekas, anak2 tak minat. kalau letak cikidis, laju jer plak :)

    ReplyDelete
  2. zaman la ni budak2 tak mau pandang biskut lebar ni.. diorang lagi tertarik dgn chipsmore hehehe dah byk gak tgok blogger masak2 buat kuih ni.. igt nak try la gak sebab biskut lebar kat umah tu pun tak bermakan..harapkan ummie dia je ansur2 telan cicah air kopi huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. Sume kuih yg akak msk kelihatan sdp..nyumm.nyummm...

    ReplyDelete
  4. macam senang jer nak buat... kakyong suka yg mcm ni... blend & masukkan je dlm loyang... yesss.. nanti leh try.. thanks

    ReplyDelete
  5. namapk mcm menarik. tpi kalo sya makan, habis kot. kalo budak kecik tak tau, hehe, pasal ada lagi biskut lain yg dia rog lebih suka ^^

    ReplyDelete