Blog Post mesra SEO untuk pengguna blogspot


Sambungan kepada entry "Blogspot semakin kearah mesra SEO!" . Kali ni lebih khusus kepada setting yang terdapat di bahagian post editor pula.

Jika sebelum ini, ada sesetengah setting perlu dilakukan secara manual, kini tidak lagi. Terdapat 4 penambah baikkan yang dibuat oleh pihak blogger bagi memastikan blogspot lebih user friendly dan mesra SEO.


1. Search Description / Meta Tags for Individual Post

Sekiranya kita dah pilih untuk on kan search description dibahagian search preference (seperti yang dah diterangkan dalam entry  "Blogspot semakin kearah mesra SEO!" ) , kita juga boleh set kan search description/ meta tags untuk individual pos pula.


2. Image Properties (set alt & title untuk gambar)

alt & title penting sekiranya kita mahu gambar kita lebih mudah di index atau di crawl oleh enjin carian.  alt adalah penerangan pendek mengenai gambar (berguna untuk situasi bila gambar tidak dapat diview atas sebab-sebab tertentu). Title pula adalah penerangan yang lebih details mengenai gambar .



3. Rel='nofollow' , jika tak mahu link yang diletak di crawl oleh enjin carian

mungkin atas sebab-sebab tertentu kita tak nak link yang diletakkan di post entry kita di crawl oleh serach enjin.  If nak lebih details fungsi nofollow boleh search kat google ya.



4. Header tag atau struktur perenggan 

Ingat lagi tak masa belajar buat karangan dulu, kena ada struktur karangan , huraian untuk setiap isi penting. Tapi bila kita berblog ni, kita tak ikut pun semua tu, on the spot je idea, kekadang sempat melalut kelain , isi post entry tak ada kena mengena dengan tajuk, biasa la tu kan.

Saya pun main ikut suka je, untuk entry ni try juga guna header tag ni tapi rasa cam tak berapa nak disiplin kan diri, sebab dah terbiasa main redah je. 


Kalau korang boleh tak nak buat entry yang berstruktur mula dengan tajuk, huraian , diikuti dengan sub tajuk dan huraian dan jika perlu ada sub pulak lagi bawah sub tajuk tadi.

Ana : Dah lama tinggalkan penulisan yang teratur rasa susah jugak....

7 comments:

  1. ok la tu, ada pembaharuan yang positif.

    ReplyDelete
  2. menarik, dah banyak perkara yang blogspot upgrade.

    ReplyDelete
  3. acik pun tak teratur kalau menulis..main tulis je

    ReplyDelete
  4. Tq2...tp cam biase la,x gheti nk try,takot dan malas.wakakkaa...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,
    terima ksih dengan semua tips ni

    ReplyDelete