Blogspot semakin kearah mesra SEO!


Sekarang ni blogspot/blogger memang tengah dalam proses penambah baikan. Setiap perubahan yang dibuat semakin user friendly. Dah tak perlu nak godek-godek HTML sangat dah.

Sebelum ni blogger perkenalkan favicon (Blogger sedia ruang letak favicon) kemudian threaded comment (Tukar ke Blogger Threaded Comment) dan yang terbaru blogspot  semakin ke arah blog mesra SEO.

Search Engine Optimization di Blogspot.

Search Engine optimization atau singkatannya SEO memang diakui kepentingannya. Siapa tak mahu blognya berada diranking utama dalam google search atau mana-mana search engine kan. Blog yang berada di kedudukan muka surat pertama hasil carian memang memiliki kelebihan untuk menarik trafik masuk ke blognya.

So kepada korang yang nak menaikkan blog korang dimata enjin carian pe kata usha senarai terkini penambah baikkan yang dah dibuat oleh blogger dibawah:

1. Search Preference option terbaru dibahagian setting


Sekiranya korang ingin meningkatkan SEO di blog korang , boleh cuba ubah setting dibahagian serach preference ini terlebih dahulu. Walau tak sedetails atau tak sehebat SEO pluggins di wordpress tapi tak salah mencubanya kan?

Apa yang korang akan jumpa dibahagian serach preference ini ialah

a) Meta Tags atau search description

Maklumat ringkas sesebuah blog yang akan dipaparkan di search result contoh seperti gambar rajah dibawah:

Untuk membuat meta tags atau serach description korang sendiri , korang hanya perlu pergi kebahagian meta tags di search preference dan type maklumat blog yang korang ingin letakkan. 



b) Custom Robot.txt : crawlers and indexing



Bahagian ini hanya sesuai bagi mereka yang mahir dan faham tentang fungsi robot.txt sahaja. Secara ringkas nya Custom Robot.txt berguna jika korang tak nak enjin carian (search engine) menjelajah (tak reti nak translate perkataan crawl, bantal saje daaa) ke muka surat tertentu di blog korang. Kiranya macam korang rasa, post entry korang tu bersifat personal so korang tak nak post tu diindex oleh search engine so korang letak robot.txt sebagai memberitahu enjin carian tak perlu jelajah kat situ. erk boleh faham tak? kalau tak faham jugak google je la apa itu robot.txt ya!




c) Custom Robot Header tags : Crawler and indexing



Lebih kurang macam custom robots.txt tapi tetap ada perbezaan fungsi , tujuan dan tempat yang ingin di gunakan. 3 bahagian yang di khaskan untuk custom Robot header tags ialah:

  1. Page hadapan blog (home page)
  2. Bahagian archieve dan search
  3. Bahagian post dan pages

Sebagai contoh : Jika kita pilih nofollow  untuk muka hadapan (home page) blog kita, ia memberi gambaran kepada serach engine bahawa setiap link yang berada di muka hadapan adalah tidak penting.


d) Custom Page Not Found : Errors and Redirections


Digunakan sekirannya terdapat broken link dan korang nak letak ayat korang sendiri, ayat atau masej yang menyatakan tiada page tersebut di blog korang. Contoh seperti ayat dibawah mungkin :

"Opppsss... Maaf Entry yang anda cari tiada disini, sila ke muka surat utama, untuk baca entry yang lain!"

Atau sekiranya korang kreatif korang boleh edit sendiri dengan penambahan HTML atau css.



e) Custom Redirects : Errors and Redirections


Digunakan sekirannya korang ada entry yang dah didelete dan mahu url entry yang telah pun didelete tu di tuju ke entry yang baru. Lebih kurang camtu la...


Bersambung ke entry "...."

6 comments:

  1. semakin mengemari ciri2 baru blogspot skrg ne....hehehe

    ReplyDelete
  2. bagusnya...tapi saya masih lagi lemah dan agak malas nak menggunakan teknologi yang ada ni..haihh..malas memang takde obat kan.. rugiii...

    ReplyDelete
  3. mm fenin plak..
    kena explore plan2 ni...

    ReplyDelete
  4. Rajinnye akak ni...kan...rajin explore.bgus2!
    Nway tq tau sbb kongsi tutorial ni ngan blogger lain ^_*

    ReplyDelete
  5. bagus juga nih, nanti saya nak try lah.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,
    Banyak saya belajar kat sini...terima kasih

    ReplyDelete