Buat Kek Santan gara-gara tak cukup stok telur


Ni projek membaking petang Jumaat hari tu lagi dah, tapi dek kerana 2 hari ni menyibukkan diri duk baca entry tentang SEO, makanya lambat la up kan story tentang Kek santan ni.

Sebenarnya kek ni tiada dalam senarai kek yang akan dicuba, tapi dek kerana tak cukup stok telur dan tak de idea nak buat apa untuk disantap petang Jumaat tu, belek-belek resipi terberkenan nak buat kek ni. Lagipulak kek ni menggunakan bahan yang sedikit dan tak cerewet nak mengadunnya.

Kalau ikut komen di myresipi tentang kek ni, boleh dikatakan resipi kek ni dah lama, mungkin ada dikalangan korang yang pernah makan kek ni zaman budak-budak dulu kan?

Kali ni tiada gambar kek yang dah dipotong sebab masing-masing tak sabar nak makan..hikhik!
Cam yang saya cakap awal-awal tadi, tiada stok telur yang mencukupi, makanya saya buat separuh je dari resipi asal. Cukup la untuk sekali hadap kan. Tapi bukan la sekali hadap tu terus habis satu biji kek ni, tetap ada balance tapi sikit je la, lebih kurang 1/5 yang tinggal tuk diulang makan pagi sabtunya tu pulak.

Pada yang nak try buat kek nostalgia ni, boleh check resipi kat bawah ni:

Kek Santan
Sumber : Sofinar @ My Resipi

Bahan-bahan ( 15 orang makan )

4 biji telor gred A (kalau tak ada apa2 gred pun boleh lah, kalau gred C tu bubuh 5 biji)
360g gula pasir
1biji kelapa = jadikan 400 ml santan (Sy guna santan kotak yang dicampur sedikit air je)
8 helai daun pandan - diparut dan diperah bersama kelapa parut tadi (sy blend sekali dengan santan kotak tu je)
400g tpg gandum = diayak
4 sudu teh baking powder

Cara-cara

  1. Pukul gula dan telor hingga kembang
  2. Masukkan santan yang diperah bersama pandan tadi, dan kacau sampai sebati
  3. Masukkan tepung+baking powder yang telah diayak dan kacau hingga sebati
  4. Griskan loyang dgn minyak dan masukkan adunan kek, bakar 180 C selama 45 minit atau sehingga masak (ikut oven masing-masing)

8 comments:

  1. kalau pakai pewarna semulajadi macam daun pandan ni tak nampak sangat kehijauannya..adehh.. terbayangkan bau harum santan dengan daun pandan.. kalau pakai santan perah lagi sedap kan.. haihhh..lama betul tak membaking...

    ReplyDelete
  2. wah.. mesti harum semerbak bau pandan.. sy suka bau pandan ^_^

    ReplyDelete
  3. rajinnya ana buat kek ek...

    ReplyDelete
  4. wah menjadik jugak la 2..macam sedap 2...awak nak tanye boley cmne nak ada perkataan reply kat bahagian komen ye

    ReplyDelete
  5. ingat nak membaking juga aritu tapi M sudah datang :(

    ReplyDelete
  6. kalo kukus je kek ni boleh ke??

    ReplyDelete