Ciplak, cilok or apa ya?


Semalam baca entry Rai @ Ourkizuna "Duplicate entry - Lagi?" tentang entrynya yang banyak di republish di blog ikanhanyir.

Mungkin ikanhanyir tu ada subcribe blog Rai guna email, so setiap kali Rai update entry di blog dia setiap kali tu juga entry tu akan secara automatik di send ke email si 'ikanhanyir" tu tadi. Si "ikan hanyir" ni pulak just forward entry tadi ke blog dia guna kaedah "Posting using email". Agaknya la kot, tak pun dia CnP dari email ke blog dia je...


Kenapa perlu buat sampai macam tu ya?

Sebab duit or sebab apa ?

Kalau atas sebab nak blog sentiasa di update perlu ke buat semua tu?


Plagiarisme : Ciplak atau cilok ?

Nak diikutkan saya pun ada juga ambil entry orang lain, just edit sikit-sikit , tambah ayat then kredit balik ke empunya entry (tu kalau tak terlupa la kan). Rasanya ramai jugak yang buat entry CnP kan? Sebab kita rasa satu-satu entry tu berguna so kita nak "tolong" sebarkan sekali.

Tapi kalau main CnP bulat-bulat sekali dengan gambar rasanya sesiapa pun akan rasa tidak puas hati kan. Kalau entry yang berupa ilmiah atau informasi kita tak kisah ada yang nak perpanjangkan entry tersebut di blog, di FB , di email atau di mana-mana social network kan? Tapi kalau entry tu bersifat peribadi, entry tentang personal life hidup kita memang kita rasa nak melenting bila ada yang ambil dan publish di blog lain kan?

Kalau kes cam Rai, tu nak kata Ciplak ke cilok eik?

Rasanya dunia blog memang banyak plagiarisme tul tak?


Check entry blog korang ada tak diblog ni?

Setakat ni saya belum jumpa lagi entry saya yang di duplicate cam entry Rai tu. Cumanya last week ada la juga terjumpa satu blog yang kumpul entry dari banyak blog. Rasanya dia guna butang 'blog This" yang ada kat post entry kita.

Antara blog yang entrynya ada di situ ialah blog :

dan banyak lagi. Korang boleh check sendiri di http://adebrann.blogspot.com

Mungkin Pn empunya blog nak bookmark je kot entry-entry kita tu, nak tahu kena tanya dia sendiri la.



5 comments:

  1. saya dah jalan2 di blog tersebut...memang banyaklah hasil karya blogger dalam tu. Tapi memang tak sepatutnya kita buat mcm tu...walaupun munkin nak "tolong" sebarkan.....erm, tak tahu nak kata apa.

    ReplyDelete
  2. Masalah yg xpernah selesai.. Kalau bloger masak2 dgn gambar yg di amik n tepek kt blog sndri mcm dia punya. Tu belum hal kredit2 mngkredit lagi. At least kreditkan dimana idea masak2 tu dia dapat. Tu pun yang ado.. Masalah etika, sikap dan adab :-)

    ReplyDelete
  3. apa pun alasannya/..kalau dah copy citer peribadi org tu dah kira mencuri la.
    lainlah emel yg nak bagi pengajaran.

    hentikan dr mencuri idea orang..harap2 takde sapa yang plagiat blog sendu saya itu

    ReplyDelete
  4. kalau perlu copy pun, sila berio kredit kpd pemilik asalnya...

    ReplyDelete
  5. ramai yg buat n3 copy paste termasuk aku
    tapi, kreaditlah pada mana sumber yg kita dapat tu...
    jgn buat mcm hok kita pulak

    ReplyDelete